Mahasiswa Diingatkan Agar Jadi Pencetus Idea – Mantan Presiden PBMUM

KUALA LUMPUR, 25 Mei 25 – Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) digesa memperkasa diri agar terus menjadi pencetus idea di dalam dan di luar kampus, serta menjadi intelektual awam dan pemimpin masyarakat dalam mendepani masa depan.

Mantan Presiden PBMUM, Dato Seri Saifuddin Abduallah berkata, program-program PBMUM hendaklah bersifat bersama dan untuk masyarakat, serta pengisiannya menuntut ditegakkan nilai-nilai seperti kebenaran, keadilan dan kemakmuran.

“PBMUM punya bidang kebitaraannya, iaitu bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu. PBMUM memberikan pengertian lebih luas terhadap kebudayaan, iaitu merangkumi seluruh spektrum kehidupan, iaitu sosial, ekonomi dan politik.

“PBMUM perlu memperkasa diri untuk menjadi pencetus idea di dalam dan di luar kampus, menjadi intelektual awam dan pemimpin masyarakat dalam mendepani masa depan. Katanya.

Dalam ucapan sambutan Sambutan Ulangtahun Ke-70 PBMUM, semalam, Saifuddin menyarankan agar PBMUM perlu menggunakan pelbagai pendekatan dan orientasi dalam melaksanakan program-programnya.

“PBMUM telah melahirkan ramai pemimpin, termasuk dalam politik.

“Merujuk saranan Datuk Seri Hamzah Zainudin bahawa Malaysia memerlukan Konsensus Nasional Baru, saya berpendapat ini termasuk amalan Politik Baru, iaitu ‘politik perjuangan’ yang punya tiga rukun, iaitu idealisme (berpegang teguh pada prinsip-prinsip dan nilai-nilai tinggi dan murni), aktivisme (kesediaan secara sukarela dan berkorban untuk merealisasikan idealismenya) dan intelektualisme (menghayati budaya ilmu dalam idealisme dan aktivisme). Tambahnya.

Beliau turut mengingatkan mahasiswa bahawa politik perjuangan mempunya ciri-ciri bersih dan segar, iaitu politik ilmu bukannya politik ampu, politik hikmah bukannya politik fitnah, dan politik bakti bukannya politik undi.  

“Justeru, saya menyeru mahasiswa menceburi politik untuk menyertai ‘politik perjuangan’. PBMUM khasnya, dan kampus amnya, mampu menjadi sekolah politik yang ampuh. Ujarnya. @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share