Penangkapan Maduro: Percaturan Ganas Geo-Politik AS

Dunia dikejutkan dengan peristiwa luar biasa: Presiden Venezuela, Nicolás Maduro, ditangkap oleh pasukan Amerika Syarikat (AS) di ibu kota Caracas dan dibawa ke New York untuk menghadapi dakwaan jenayah serius di mahkamah AS. Operasi ini menandakan kemuncak ketegangan geopolitik antara Caracas dan Washington.

Diatas kertas dan ucapan umum, serangan AS ini dikatakan kerana terdapat tuduhan jenayah yang dikategorikan sebagai Narco-terror & penyeludupan dadah.

AS menuduh Maduro dan beberapa pegawai terdekatnya atas beberapa jenayah berat, termasuk “Conspiracy to commit narco – aktiviti jenayah narkotik, “Conspiracy to import cocaine into the United States, Possession and conspiracy to possess machineguns and destructive devices” – penyeludupan dadah ke AS.

Dakwaan ini seakan-akan dakwaan terhadap Iraq yang dikatakan memilik WMD (Weapons of Mass Destruction), namun akhirnya, dakwaan tersebut hanyalah helah untuk menjarah Iraq.

Berdasarkan laporan awal, Washington mendakwa bahawa rejim Maduro telah menjalankan operasi penyeludupan dadah berskala besar ke pasaran AS, yang dianggap ancaman keselamatan nasional.

Namun, penganalisis melihat naratif jenayah ini hanya sebahagian daripada alasan rasmi, sementara faktor ekonomi dan strategik turut memainkan peranan.

Hakikatnya, seperti juga Iraq – Venezuela memiliki rezab minyak terbesar di dunia, terutama di kawasan Orinoco Belt, yang menjadi tumpuan syarikat minyak antarabangsa. Disamping itu, Venezuela juga dilaporkan memiliki rizab mineral yang besar termasuk REE.

Penangkapan Maduro kini dilihat bukan sekadar untuk menegakkan undang-undang, tetapi juga membuka jalan bagi AS dan sekutunya untuk mengawal sumber minyak dan mineral strategik Venezuela.

Sejak 2024, pentadbiran AS telah meningkatkan sekatan terhadap PDVSA, sebuah syarikat minyak dan gas milik kerajaan Venezuela.

Operasi ketentaran AS ini membuka peluang bagi Washington untuk mengakses minyak Venezuela melalui kerjasama dengan pentadbiran sementara pro-Barat, sambil mengurangkan pengaruh Beijing dan Moscow di hemisfera barat.

Ketegangan AS–Venezuela bukan baru, sebelum ini AS menuduh rejim Maduro menindas demokrasi, memanipulasi pilihan raya, dan membenarkan operasi militan. Namun dakwaan tersebut dilihat tidak berkesan untuk menjatuhkan Maduro.

Pada masa sama, Caracas memperkukuh hubungan dengan China, Rusia, dan Iran, termasuk melalui kontrak tenaga dan perdagangan. Ketiga negara ini, bukanlah sekutu ekonomi AS, malah mereka dilihat sebagai ancaman besar terhadap pengaruh AS.

Kombinasi tekanan ekonomi, sekatan, dan operasi militer kini memberikan konteks geopolitik kepada penangkapan seorang presiden yang sedang menjawat jawatan secara demokratik. Pakar antarabangsa melihat ini sebagai strategi untuk mengurangkan pengaruh Rusia dan China di kawasan yang kaya minyak, selari dengan kepentingan strategik AS.

Walaupun AS menegaskan tindakan itu sah di bawah undang-undang mereka, banyak pakar menekankan bahawa penangkapan seorang ketua negara tanpa persetujuan negara tuan rumah menimbulkan persoalan serius tentang kedaulatan antarabangsa.

PBB dijangka membahas isu ini dalam waktu terdekat, termasuk legitimasi tindakan unilateral AS terhadap pemimpin asing. Namun masyarakat antarabangsa tidak yakin dengan PBB untuk menangani isu ini.

Rusia, China, dan beberapa negara Latin mengecam keras operasi tersebut sebagai bentuk keganasan ekonomi dan politik, bukan sekadar penguatkuasaan hukum.

Secara domestik, pemerintah pro-Maduro mengecam operasi itu sebagai “keganasan militer luar negeri”, sementara sebahagian rakyat yang kecewa dengan pemerintahan Maduro melihatnya sebagai peluang untuk perubahan.

Ketidakpastian politik dan risiko konflik dalaman kini meningkat, terutama di kawasan kaya minyak yang strategik.

Penangkapan Nicolás Maduro oleh AS bukan sekadar tindakan berdasarkan tuduhan jenayah narkotik, tetapi juga berlapis dengan motif geopolitik dan ekonomi, khususnya kawalan terhadap minyak dan sumber strategik Venezuela termasuk REE. Peristiwa ini menjadi ujian kritikal kepada kedaulatan nasional, perimbangan kuasa antarabangsa, dan masa depan politik hemisfera barat. @analitiko

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share