Pendedahan Skandal Rasuah Ketua Tentera Malaysia Jadi Tumpuan Antarabangsa

KUALA LUMPUR, 2 Jan 26 — Pendedahan skandal rasuah melibatkan pegawai kanan Tentera Darat Malaysia, termasuk Ketua Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, kini mendapat liputan antarabangsa, menunjukkan implikasi serius terhadap integriti institusi pertahanan negara.

Menurut laporan South China Morning Post (SCMP), Ketua Tentera Darat telah ditempatkan cuti pentadbiran sementara SPRM menjalankan siasatan, bagi memastikan proses bebas daripada konflik kepentingan. Beberapa syarikat kontraktor ketenteraan disiasat kerana disyaki memberi rasuah untuk memenangi kontrak, manakala akaun bank pegawai dan ahli keluarganya turut dibekukan.

Laporan SCMP menekankan bahawa langkah ini bukan sahaja memberi kesan domestik tetapi turut menjadi perhatian pembaca antarabangsa.

Sementara itu, Jurist, portal berita undang‑undang berasaskan Amerika Syarikat, menekankan bahawa tindakan SPRM menunjukkan keseriusan Malaysia dalam menegakkan rule-of-law dan integriti, walaupun melibatkan pegawai atasan tentera.

Menurut Jurist, pemeriksaan di pejabat dan kediaman rasmi serta rampasan akaun bank mencerminkan siasatan menyeluruh terhadap perolehan ketenteraan bernilai tinggi.

Pendedahan skandal oleh Che Gubard, Pengerusi NGO PETA ini telah menarik perhatian antarabangsa, dan menimbulkan persoalan serius mengenai ketelusan dan mekanisme tadbir urus perolehan pertahanan, sekaligus membuktikan bahawa pegawai tertinggi tentera tidak terkecuali daripada pemantauan undang-undang.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan dalam kenyataan sebelum ini, telah memengarahkan Panglima Tentera Darat, Jeneral Muhammad Hafizuddeain Jantan, bercuti dengan serta-merta berkuat kuasa hari ini berikutan siasatan pihak berkuasa yang sedang dijalankan berhubung dakwaan tertentu melibatkan beliau. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share