Penganalisis Jangka PRN Sabah Berakhir Tanpa Pemenang Majoriti

KUALA LUMPUR, 28 NO 25 – Penganalisis politik terkenal, Bridget Welsh, menjangkakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijadual berlangsung Sabtu ini akan berakhir tanpa pemenang jelas bagi gabungan atau parti utama.

Ketika mengulas dalam podcast The Zaid Ibrahim, semalam. Bridget berkata, keadaan itu bermakna kemungkinan “hung situation” (situasi tergantung) di Dewan Negeri Sabah, di mana tiada pihak mempunyai majoriti mutlak.

Beliau menambah, dalam situasi sebegini, rakyat Sabah mungkin menjadi pihak yang rugi, kerana politik tempatan akan kembali dipengaruhi oleh perjanjian dan rundingan elit.

“Walau bagaimanapun, beberapa hari terakhir kempen ini bakal menjadi sangat kritikal,”

“Margin di banyak kerusi sangat tipis, dan keputusan boleh berubah sehingga saat akhir.”kata Bridget.

Beliau menekankan bahawa pertembungan sengit antara parti dan gabungan utama di Sabah menjadikan PRN kali ini lebih kompleks, bukan hanya soal populariti calon, tetapi juga strategi dan pengaruh pihak elit.

Terdahulu, badan pemikir Ilham Centre menyimpulkan bahawa, setakat hari ini belum ada calon atau parti yang mempunyai kelebihan jelas untuk mendominasi undi.

Pengundi Sabah akan mula membuang undi pada hari esok bermula jam 8 pagi. Pilihan Raya Negeri Sabah ke 17 diadakan berikutan tamat tempoh penggal pemerintahan kerajaan GRS.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan seramai 1,784,843 pengundi layak akan menunaikan tanggungjawab mereka dalam PRN kali ini. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share