
KUALA LUMPUR, 19 JUN 25 – Tun Dr Mahathir Mohamad mengharapkan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump gagal mencetuskan perang sehingga tamat tempohnya sebagai presiden.
Ketika mengulas isu perang Iran- Israel, Mahathir menzahirkan kekhuatiran tentang usaha ke arah perang dunia ke III.
“Saya khuatir, ada usaha-usaha untuk mencetuskan perang dunia ke III, sekarang ini UK umpamanya, sudah adakan lima kilang senjata yang baru, dan akan membina dua belas ‘attack submarine’, jadi mereka sudah sedia untuk berperang.
“Saya masih ingat pada tahun 1929 (30-31), masa itu cerita-cerita nak ada perang memang ada. Ujarnya.
Mantan PM ke tujuh ini juga mendakwa, bangsa eropah beranggapan perang adalah satu cara untuk menyelesaikan masalah sekalipun selepas itu mereka sedar perang tak selesaikan masalah.
Sementara itu, Mahathir turut mengulas mengenai sikap Trump mengenai janji untuk tidak melibatkan diri dalam perang.
“Harapan kita Trump tak dapat cetuskan peperangan sehingga tamat sehingga tamat tempoh dia sebagai presiden.
“Tapi ini satu tindakan Trump. Waktu kempen nak jadi presiden dia tak beritahu kepada pengundi, bila aku jadi presiden akan tamatkan demonstrasi jalanan, dia tak kata tapi lihat apa dia buat,” katanya, dalam siaran podcast Dr M baru-baru ini.
Dr Mahathir berkata, Trump juga bukan presiden yang baik.
“Dia ada niat tak baik tapi tak cerita hingga dia jadi presiden. Sekarang ada tuduhan Trump diktator.
“Saya tak percaya dia boleh jadi presiden yang baik,” katanya lagi. @politiko.my