Perkara Dasar PN Dibincang Dalam Majlis Tertinggi – Peja Jawab PAS

KUALA LUMPUR, 14 Jul 25 – Bersatu menafikan dakwaan parti itu tidak mengadakan perbincangan dalam isu dasar membabitkan Perikatan Nasional (PN) dan bertindak sendirian, kata Naib Presiden Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Bekas menteri besar Perak menegaskan, setiap keputusan dasar membabitkan PN akan dibincangkan dan diputuskan melalui Majlis Tertinggi (MT) PN.

“PN adalah sebuah gabungan yang tersusun, teratur dan diuruskan berdasarkan perlembagaan parti serta dan konsensus ahli-ahli komponennya, semua keputusan dasar dan penyelarasan tindakan di peringkat tertinggi parti-parti komponen PN dibincangkan di dalam mesyuarat MT PN.

“Melainkan perkara-perkara yang sudah dinyatakan secara jelas dalam Perlembagaan PN dan berdasarkan persetujuan bersama semua parti komponen PN semasa penubuhannya pada 2021, ia dilaksanakan berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan PN dan berdasarkan persetujuan serta persefahaman yang telah di buat sebelum ini,” katanya seperti laporan Malaysiakini.

Langkah tersebut juga katanya selari dengan Perlembagaan pembangkang itu.

Tambahnya, Bersatu dan PAS juga mempunyai platform perbincangan tidak rasmi antara pimpinan tertinggi parti bagi membincangkan isu dasar sebelum dibawa ke mesyuarat MT PN.

“Setiap parti dalam PN mempunyai ruang untuk membuat keputusan di peringkat dalaman masing-masing, selagi ia tidak bertentangan dengan dasar dan perlembagaan PN,” kata Faizal lagi.

Mursyidul Am PAS Datuk Hashim Jasin sebelum ini menggesa Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan perbincangan sebelum perkara dasar membabitkan gabungan diumumkan.

Ia termasuklah isu membabitkan calon perdana menteri PN. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share