Perkasa Komited Sokong Sekretariat Orang Melayu

KUALA LUMPUR, 7 Jun 25 – Ketua Penerangan, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Irwan Fahmi Ideris menyambut baik dan menyatakan sokongan padu terhadap penubuhan serta inisiatif Sekretariat Orang Melayu (SOM) yang diterajui oleh negarawan ulung, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, langkah tersebut adalah tepat pada masanya ketika cabaran sosio-ekonomi yang cukup kompleks bagi bangsa Melayu.

“Perkasa percaya bahawa langkah strategik ini adalah tepat pada masanya, terutamanya dalam mendepani cabaran sosio-ekonomi dan politik yang semakin kompleks yang dihadapi oleh bangsa Melayu dan Bumiputera di negara ini.

“Kepimpinan Tun Dr. Mahathir yang terbukti berwawasan dan mempunyai pengalaman luas dalam memperjuangkan hak serta kepentingan Melayu, adalah aset tidak ternilai kepada sekretariat ini. Katanya.

Dalam kenyataan yang sama, Perkasa berpendapat negara ketika ini seperti tidak terurus apabila pucuk pimpinan negara tidak menjalankan tanggungjawan dan amanah serta gagal menyesaikan pelbagai masalah, justeru inisiatif ini diihat selaras dengan matlamat Perkasa yang sentiasa komited dalam mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, kedaulatan Raja-Raja Melayu, serta hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera.

“Perkasa menyeru semua pihak, terutamanya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu, ahli akademik, cendekiawan, dan individu perseorangan yang prihatin terhadap masa depan bangsa, untuk turut serta memberikan sokongan kepada Sekretariat Orang Melayu.

“Hanya dengan perpaduan dan kerjasama padu, kita mampu menghadapi sebarang ancaman dan memastikan agenda Melayu terus terpelihara dan diperkasa. Tambahnya.

Kami di Perkasa bersedia untuk bekerjasama rapat dengan SOM dalam menjayakan setiap program dan inisiatif yang akan dilaksanakan demi kepentingan agama, bangsa, dan negara. @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share