Permohonan Muhyiddin Dapatkan Passport Didengar Esok

KUALA LUMPUR, 17 NOV 25 – Permohonan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mendapatkan pasport antarabangsa secara sementara bagi urusan ke luar negara akan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur esok.

Pada Mei tahun lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan sementara pelepasan pasport beliau untuk menziarahi kakaknya yang sedang menjalani rawatan kanser di Australia.

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dibenarkan pelepasan sementara pasportnya untuk ke luar negara bagi menguruskan urusan keluarga.

Setakat ini, permohonan pasport sementara beliau telah 4 kali diluluskan sejak beliau didakwa pada Mac 2023.

Pasport Muhyiddin kini berada dalam simpanan mahkamah sebagai sebahagian daripada syarat jaminan dalam kes jenayahnya, di mana beliau mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan salah guna kuasa berkaitan program Jana Wibawa, serta tiga pertuduhan pengubahan wang haram.

Selain perkembangan itu, beberapa prosiding mahkamah membabitkan tokoh politik utama negara turut menjadi tumpuan minggu ini antaranya rayuan Datuk Seri Najib Razak dan anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin, untuk mengetepikan keputusan sebelum ini yang menolak permohonan mereka menangguhkan proses kebankrapan.

Manakala di Sabah, Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu hari ini akan mendengar dan memutuskan permohonan kes terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, yang dituduh menghina mahkamah.

Permohonan itu difailkan ahli perniagaan dan pemberi maklumat, Datuk Albert Tei yang mendakwa Hajiji mengarahkan Jabatan Imigresen Sabah menghalangnya memasuki negeri tersebut. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share