
KUALA LUMPUR, 2 NOV 25 — Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mempertahankan kemenangan sulung parti itu Sabah dengan integriti.
“Kini amanah kita ialah mempertahankan kemenangan ini dengan integriti, memperluaskan khidmat, dan menjadikan PAS Sabah sebuah parti yang benar-benar dipercayai rakyatnya.
” Maka, ketika kita bersyukur dan bergembira dengan kelahiran ADUN sulung dari PAS yang dipilih rakyat, kemenangan 2025 tidak seharusnya melalaikan kita dari menghargai dan berterima kasih kepada pengorbanan generasi yang membina ketika PAS tidak punya apa-apa,” katanya, dalam hantaran Facebook.
Katanya, kemenangan sulung PAS bukanlah kemenangan yang dicapai dalam tempoh kempen PRN baru-baru atau bukan juga dalam masa lima tahun dahulu.
Katanya, ia adalah hasil perjalanan panjang sejak usaha awal menubuhkan PAS Sabah.
“Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa usaha menubuhkan PAS Sabah sudah bermula pada tahun 1961 di bawah pimpinan Dr Burhanuddin al-Helmy.
“Detik kebangkitan sebenar datang pada tahun 1986 apabila PAS menghantar tokoh-tokoh pusat dan akhirnya melancarkan PAS Sabah secara rasmi pada 19 Mei 1986 di Hotel Hyatt, Kota Kinabalu.
“Maka, bermula dari saat itu, lahirlah aktivis-aktivis tempatan seperti Hamzah Abdullah, Cikgu Alias Tijad, Mohd Aminuddin Aling dan ramai lagi yang menjadi tulang belakang awal gerakan ini,” kata Tuan Ibrahim.
Pada PRN Sabah Ke-17 baru-baru ini, PAS menjadi wakil tunggal Perikatan Nasional (PN) yang memenangi kerusi DUN Karambunai melalui calon Naib Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Dr Aliakbar Gulasan.
Aliakbar mengalahkan 10 calon lain termasuk penyandang – calon dari BN, Yakub Khan, dengan majoriti 371 undi. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.