Pimpinan Perlu Muhasabah, Bukan Kecam Calon – Saifuddin

KUALA LUMPUR, 12 Dis — Datuk Seri Saifuddin Abdullah menegur pihak tertentu dalam parti yang menurutnya tidak memahami realiti politik Sabah, dengan menegaskan bahawa analisis PRN negeri itu mesti berasaskan pengalaman pemerhati tempatan.

“Pemerhati dari luar Sabah kurang kefahaman tersirat itu,” katanya sambil menambah bahawa pandangan rakyat Sabah wajar dijadikan premis utama analisis.

Beliau  menegaskan bahawa muhasabah yang sebenar ialah mengangkat kembali kekuatan dalaman parti di Sabah.

“Muhasabah bijaksana yang utama ialah memperkasa Bersatu Sabah,” katanya sambil menyeru agar calon dan pimpinan negeri itu terus dioptimumkan kerana mereka “kekal bersemangat untuk terus berjuang menegakkan maruah parti”. 

Tambahnya, terdapat “perbezaan antara muhasabah yang dilakukan oleh orang yang pernah bertanding berbanding yang tidak pernah,” selain perbezaan antara pimpinan parti pusat yang jarang turun ke Sabah berbanding yang benar-benar membantu.

Saifuddin dalam kenyataannya, turut menonjolkan komitmen Datuk Seri Hamzah Zainudin yang  tekun membantu gerak kerja Bersatu Sabah.

“Hamzah telah berulang-alik turun ke Sabah sejak tiga tahun lalu,” katanya, merujuk kepada usaha menghidupkan semula bahagian parti serta penglibatan dalam program Jelajah Rakyat 2025.

Dalam masa sama, beliau menegur keras reaksi beberapa pihak di Semenanjung yang mengecam calon-calon Sabah selepas PRN.

“Reaksi pertama kita ialah berempati, bukannya ber­sakit hati atau menyakitkan hati,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa ramai calon Sabah telah “berbuat sedaya upaya” termasuk bergadai, berhutang dan menjual kereta bagi memastikan nama baik parti terpelihara. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

NGO Nasihat Muhyiddin Berehat, Tumpu Kes Mahkamah

Presiden Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata, pertubuhan itu berpandangan, wajar untuk Muhyiddin mencontohi Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berehat daripada jawatan Presiden Muda bagi menghadapi pertuduhan terhadapnya di mahkamah.
Read More
Total
0
Share