PN Tegaskan Peranan Pembangkang Konstruktif, Bawa Konsensus Nasional Baru – Saifuddin

KUALA LUMPUR, 19 DIS 25 – Ketua Portfolio Pendidikan PN, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, berkata selama menjadi pembangkang, parti itu bukan sekadar mengkritik kerajaan, tetapi aktif mengemukakan cadangan dasar dan gagasan untuk kepentingan rakyat.

Menurutnya, Parlimen Kelima Belas genap berusia tiga tahun hari ini, menandakan Perikatan Nasional (PN) telah konsisten memainkan peranan sebagai pembangkang konstruktif sejak 19 Disember 2022.

Sebagai bukti, Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin telah memperkenalkan Konsensus Nasional Baru, yang bertujuan memperbetulkan ekonomi dan menyalakan semula pertumbuhan negara.

Katanya lagi, PN turut mengemukakan cadangan belanjawan dan reformasi pendidikan serta terus membangkitkan isu keadilan sosial, termasuk nasib veteran ATM, pencen, dan kos sara hidup rakyat, bagi memastikan rakyat dari semua lapisan mendapat perhatian sewajarnya.

“Fokus utama rakyat kini adalah isu ekonomi. Penyelesaian yang ditawarkan PN mesti bersifat mampan, bukan sekadar pemberian one-off, agar rakyat dapat membina kehidupan ke hadapan. Katanya.

Beliau turut menegaskan pimpinan yang berpengalaman dalam ekonomi adalah kunci bagi PN untuk menumpukan agenda ini dengan berkesan.

“Pendekatan PN yang konstruktif dan berfokus pada gagasan seperti Konsensus Nasional Baru, serta isu sosial yang dibangkitkan, menunjukkan parti ini mampu menjadi alternatif politik matang dan bertanggungjawab, memastikan kerajaan dipantau dan isu rakyat terus menjadi keutamaan.

Ketika syarahan di ISEAS Yusof Ishak Institute pada Mei lalu, Hamzah yang juga Timbalan Presiden Bersatu telah memperkenalkan Konsensus Nasional Baharu sebagai agenda komprehensif yang berhasrat untuk memacu negara ke hadapan dengan lebih mampan dan inklusif dengan berteraskan kesejahteraan rakyat. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share