Presiden PAS Pertahan Tindakan Hamzah Jumpa Zahid

MARANG | 13 Mac 26 – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, mempertahankan tindakan Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengadakan pertemuan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, di Bangkok, Thailand, Disember lalu, menegaskan ia dibuat atas kapasiti Hamzah sebagai Ahli Parlimen Larut dan ketua pembangkang.

Menurut Abdul Hadi, beliau dimaklumkan sendiri oleh Hamzah tentang hasil pertemuan itu, yang turut dihadiri Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

“Hamzah hadir sebagai ketua pembangkang, dia berhak nak jumpa,” katanya memetik laporan Utusan.

Presiden PAS itu menambah, hasil laporan Hamzah menunjukkan pihaknya bersedia menerima pemimpin UMNO yang tidak bersetuju dengan kerjasama bersama DAP.

Beliau mengulas dakwaan tindakan Hamzah kononnya membelakangkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, apabila mengadakan pertemuan dengan Ahmad Zahid di Bangkok.

Sebelum ini, Muhyiddin dilaporkan mendedahkan perancangan Hamzah untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri melalui gabungan bersama parti lain.

Ahmad Zahid mengesahkan pertemuan tersebut dan menyatakan antara perbincangan adalah berkaitan penyatuan Melayu dan Islam. Hamzah pula menyatakan pertemuan itu turut melibatkan wakil parti lain, termasuk pemimpin PAS, namun Pengerusi PN, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, menafikan terlibat.

Takiyuddin mengakui menghadiri pertemuan itu dengan pengetahuan Abdul Hadi, tetapi menegaskan ia hanyalah perbincangan biasa tanpa tujuan khusus dan tiada unsur “Langkah Bangkok” seperti yang dikaitkan sesetengah pihak. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share