PRN Sabah: Anwar Umum 10 Calon PKR di Sabah

KUALA LUMPUR, 10 NOV 25 – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam mengumumkan senarai 10 calon daripada PKR yang akan mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri Sabah akan datang.

Dalam kenyataannya menerusi facebook, Anwar menegaskan bahawa barisan calon ini mencerminkan gabungan kepimpinan pelbagai latar belakang, yang bersatu dengan semangat memperjuangkan politik nilai dan mengangkat kepentingan rakyat Sabah.

“Insya-Allah, ia akan menyemarak semangat perjuangan rakyat dan memperkukuh kepemimpinan yang berpihak pada harapan dan kepentingan anak negeri,” kata Anwar.

Senarai calon yang diumumkan terdiri daripada, N18 Inanam: Peto Galim, N44 Tulid: Datin Rufinah Pengeran, N23 Petagas: Awang Husaini Sahari, N61 Segama: Romansa Lamin, N50 Gum-Gum: Abdul Said Pimping, N20 Api-Api: Thonny Chee, N72 Merotai: Datuk Haji Ruji Ubi, N42 Melalap: Datuk Jamawi Jaafar, N35 Sindumin: Datuk Yamani Hafez Tun Musa, N54 Karamunting: George Hiew.

Menurut Anwar, kesemua calon membawa pengalaman dan kepakaran tersendiri, namun bersatu dengan tekad untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap politik berteraskan nilai, integriti, dan tanggungjawab.

Pengumuman ini menandakan permulaan rasmi jentera pilihan raya PKR di Sabah, yang dijangka memainkan peranan penting dalam strategi besar PH untuk memperkukuh pengaruhnya di Borneo. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share