PRN Sabah: Darell Enggan Tanding, Warisan Letak Calon Semua 73 Kerusi DUN Sabah

KUALA LUMPUR, 13 NOV 25 — Timbalan Presiden Warisan Datuk Darell Leiking tidak tersenarai sebagai calon parti itu bagi PRN Sabah ke-17 walaupun partinya bertanding di semua 73 kerusi.

Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal, berkata ia berikutan bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu enggan bertanding pada PRN kali ini.

Kerusi DUN Moyog yang dimenangi Leiking pada PRN 2020 pula diletakkan  Naib Presiden Terrence Siambun sebagai calon mewakili Warisan.

Shafie turut mempertahankan kerusi Senallang, yang disandangnya sejak dua penggal lalu. Untuk PRN kali ini Warisan menampilkan 60% muka baharu dengan sembilan calon wanita.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN Sabah dijadual berlangsung pada 29 Nov depan. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share