PRN Sabah Isyarat Jelas Parti Perlu Berubah – Chegubard

KUALA LUMPUR, 30 NOV – Ketua Bahagian BERSATU Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin (Chegubard), memberi amaran keras bahawa keputusan PRN Sabah 2025 adalah isyarat jelas parti perlu berubah segera jika mahu kembali relevan dalam politik nasional.

Menurutnya, BERSATU tidak boleh lagi dibelenggu budaya dalaman yang melemahkan jentera parti.

“Kepada BERSATU isyarat jelas, kena berubah segera. Berhenti bergaduh sampai ketika pilihanraya pun masih bangga pecat orang dan lain lain. Kena segera buat post-mortem jujur dan berani.

“Berhenti bergelumang tenggelam dengan penjilat dan pengampu, keluar ditengah masyarakat juarai isu rakyat. Bergerak sebagai pembangkang sebenar.

Dalam kenyataan yang sama, beliau mengucapkan terima kasih kepada rakyat Sabah dan jentera PN yang bekerja dalam keadaan serba kekurangan.

“Tahniah PAS kemenangan sulung PAS melalui PN. Ini memecah mitos parti Islam tak sesuai di Sabah atau dimana mana sebab yang penting buat kerja. Katanya.

PRN Sabah menyaksikan PN hanya memenangi satu kerusi, Dun Karambunai. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share