
KUALA LUMPUR, 29 NOV 25 — Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) Datuk Paduka Dr Ibrahim Ali mendakwa Perjanjian Anwar-Trump (Perjanjian Perdagangan Timbal Balik-ART) berisiko menjadi “perjanjian jual negara” dan menuntut kerajaan menggantung serta-merta rundingan tersebut.
Menurutnya, tempoh untuk Malaysia menarik balik penyertaan berbaki sekitar 30 hari, namun Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) masih tidak menunjukkan sebarang komitmen untuk membatalkannya.
“Malaysia sudah berada di ambang kehilangan kuasa, bukan melalui perang, tetapi melalui seorang Perdana Menteri yg mempunyai berbagai wajah atau rupa mengikut hipokrasi dan rupa nya menjadi boneka Amerika. Katanya.
Ibrahim turut menegaskan bahawa Perjanjian Anwar-Trump mempamerkan ciri-ciri State Capture Agreement (SCA) seperti liabiliti tanpa had, kelebihan sepihak kepada pihak asing, mekanisme pemantauan rentas sempadan serta penalti mengikat yang boleh menjejaskan keupayaan fiskal negara.
Menurut PUTRA, ciri-ciri tersebut menyerupai amalan perjanjian negara-negara yang pernah mengalami “penjajahan kontrak”.
“Jika ini terbukti, PMX telah mencipta precedent paling berbahaya dalam sejarah pemerintahan Malaysia. Tegasnya.
Tambah beliau, Perjanjian Anwar-Trump juga mengancam struktur asas Persekutuan Malaysia, termasuk kawal selia kuasa Persekutuan dan negeri, keselamatan data ekonomi serta keupayaan kerajaan mengurus hasil negara tanpa tekanan luar.
“Jika benar perjanjian itu membuka ruang kepada pihak asing mengakses data strategik, ia disifatkan sebagai “kebocoran kedaulatan dari dalam.
“Diam dalam isu kedaulatan bukan neutral — ia isyarat bahawa ada sesuatu yang tidak boleh dilihat rakyat,” kata Ibrahim.
Sehubungan itu, PUTRA mengemukakan tiga tuntutan: mendedahkan draf penuh Perjanjian Anwar-Trump tanpa sebarang penyuntingan, menubuhkan Pasukan Forensik Kedaulatan Negara (NSFT), serta menggantung semua rundingan Perjanjian Anwar-Trump sehingga audit kedaulatan selesai.
Parti itu menegaskan bahawa Perjanjian Anwar-Trump bukan sekadar perjanjian ekonomi, tetapi berpotensi menjadi mekanisme pengambilalihan negara sekiranya dibenarkan berkuat kuasa. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.