RESET 2027: Fokus MIPP Reformasikan Masyarakat India Di Malaysia

Oleh Dr Sharmin Kutty Sivaraman

Festival perpaduan India (Unity Festival) telah diadakan di Pusat Konvesyen Mindlands Shah Alam dengan mengumpulkan 1000 peserta daripada pelbagai latar belakang antaranya daripada golongan professional seperti pendidik, penganalisis politik, ahli perniagaan, NGO, pegawai dari pihak swasta dan juga parti komponen PAS, MUDA serta DHPP.

Gerakan turut serta dalam majlis ini yang menyatukan semua suku kaum masyarakat India di Malaysiauntuk menyambut sambutan Tahun Baru mengikut kepada kalender Tamil.

Majlis ini telah dilancarkan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Mahiaddin bin Mohd Yasin bersama dengan beberapa tokoh pemimpin dari pelbagai parti politik yang lain dari parti Pejuang Mukhriz Mahathir, Takiyuddin Hassan dari PAS, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Cha dari Gerakan, Dr Chong Fat Full bersekutu parti BERSATU.

Tujuan utama program ini bukan hanya untuk mengumpulkan masyarakat India secara bersama malah juga untuk menyampaikan hasrat parti pembangkang apakah hasrat mereka untuk masyarakat India di negara ini.

Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) yang dikenali sebagai Malaysian Indian Progressive Party ialah parti yang ditubuhkan pada tahun 2019 seiring dengan perubahan kerajaan pada waktu tersebut dibawah kepimpinan Perikatan Nasional 1.0.

Tujuan utama penubuhan parti ini ialah untuk menyatukan semua suara masyarakat India di negara ini walaupun merupakan pengundi yang minoriti di negara ini.

Masyarakat India memaikan peranan yang cukup signifikan dalam politik Malaysia malah dapat juga dikaitkan dengan pelbagai faktor yang lain.

Hari ini, Malaysia berada di era tranformasi yang lebih mapan dan dengan komponen parti yang mempunyai campuran dengan pelbagai parti yang lain.

Dua parti utama yang dapat disimbolkan sebagai payung utama dalam menggerakkan pentadbiran ialah Pakatan Harapan (PH) dan pihak pembangkang ialah Perikatan Nasional (PN).

Pengundi India begitu signifikan dalam mencorakkan perubahan kepimpinan dalam negara dan boleh juga dianggap sebagai bank undi yang perlu membayar kepada pemimin melalui elemen demokrasi iaitu pilihan raya.

Namun, pelbagai isu yang pincang melibatkan masyarakat India perlu diberikan perhatian oleh kerajaan kini kerana masih mempunyai kelompongan yang agak besar antara isu dan solusi bila dikaitkan dengan isu masyarakat India.

Pengerusi parti politik MIPP Tuan Punithan Paramasivam telah mengorak langkah untuk membawa tranformasi yang lebih mapan kepada masyarakat India menerusi parti politik ini.

Majlis yang diadakan ini merupakan satu bentuk simbolik bahawa penyatuan sangat penting dalam politik untuk membawa perubahan yang sepatutnya.

Pelancaran “RESET 2027” merupakan satu langkah yang proaktif oleh MIPP menerusi parti Perikatan Nasional (PN) sebagai satu alternatif yang lain kepada masyarakat India untuk membuat pilihan sewaktu PRU-16 nanti.

Inilah masa untuk MIPP untuk memastikan agenda perancangan yang holistik dirancang dan dicanang secara bersama dalam setiap perkara RESET 2027 ini merupakan alternatif untuk pengundi India untuk menilai dan melihat kepada dasar perubahan yang mampu dilaksanakan oleh MIPP untuk masyarakat India.

Reset 2027 ini juga ialah satu wawasan secara menyeluruh untuk merombak dan memperbaharui dasar serta pendekatan yang lebih strategik dan mapan untuk masyarakat India di Malaysia.

Perkataan RESET ini berteraskan kepada keadilan kepada semua rakyat termasuk masyarakat India kearah penyertaan dan kemajuan secara maksima dalam tiga kayu ukur yang utama antaranya ialah agenda pendidikan, agenda pembangunan sosial dan juga agenda tranformasi ekonomi.

Kesemua agenda ini akan menjadi elemen utama kepada MIPP untuk menilai, menganalisis dan juga menstruktur kembali hasrat dan kehendak masyarakat India di negara ini.

Apa yang dirancang untuk masyarakat India dibawah MIPP dengan menjenamakan kepada RESET 2027 merupakan satu langkah yang baik oleh PN malah pelbagai perkara masih lagi perlu dilihat dan diberikan perhatian yang cukup serius dalam ini.

Perkara utama disini ialah melihat kembali kepada Malaysian Indian Blueprint yang pernah dirancang sebelum ini tetapi masih lagi banyak perkara tidak dirancang dan dijadikan realiti utama.

Segala perkara yang terkandung dalam Malaysian Indian Blueprint yang sebelum ini boleh menjadi rujukan yang utama kepada badan pemikir RESET 2027 untuk merealisasikan perancangan yang telah dirangka tersebut dan membuat perubahan yang diperlukan untuk masyarakat India.

Ini merupakan masa dan peluang yang baik kepada Perikatan Nasional (PN) untuk membuktikan kepada masyarakat India bahawa agenda yang dirancang mampu untuk menawan hati mereka dan masyarakat India ketagih kepada solusi malah bukan tindakan “bagai katak dibawah tempurung”.

Agenda yang dirancang oleh MIPP sebagai tiket utama kepada mereka untuk menguji daya penerimaan masyarakat India terhadap parti baharu tersebut malah ini juga penting untuk melihat sejauh manakah Perikatan Nasional (PN) mampu untuk menjadi pembangkang yang lebih proaktif dan efektif untuk soal masyarakat bukan Melayu di Malaysia.

Dr Sharmin Kutty Sivaraman ialah pensyarah kanan di Fakulti Pendidikan & Pengajian Liberal, Universiti Antarabangsa INTI merangkap penganalisis politik.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Kenapa Melayu Mesti Bersatu?

Ini kerana pemerintah ketika ini seakan-akan tidak mengiktiraf Melayu yang super majority untuk dijadikan paksi kepada dasar pembentukan negara (state-making), pembangunan bangsa (nation-building) dan pembangunan negara (national development).
Read More
Total
0
Share