“RESET Hamzah Lebih Menarik Dari Tawaran UMNO” — Penganalisis

KUALA LUMPUR | 11 Mei 26 — Gerakan RESET yang dipelopori bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Hamzah Zainudin dilihat semakin menjadi tarikan utama kepada pemimpin dan ahli Bersatu yang kecewa, sekali gus mengatasi usaha UMNO untuk memancing mereka kembali menyertai parti itu.

Penganalisis politik dari UTM, Prof Madya Dr Mazlan Ali, dilaporkan FMT berpandangan, faktor utama yang menghalang penghijrahan besar-besaran bekas ahli Bersatu ke UMNO ialah kemunculan gerakan RESET yang dilihat membawa naratif baharu dalam blok pembangkang Melayu.

Menurutnya, gerakan tersebut semakin mendapat perhatian kerana dilihat lebih segar dan mempunyai potensi membentuk poros politik baharu selepas krisis dalaman BERSATU semakin meruncing.

Penganalisis turut melihat tawaran UMNO kepada bekas ahli BERSATU kurang mendapat sambutan kerana parti itu masih dibayangi hubungan dengan DAP dalam kerajaan perpaduan, sesuatu yang sukar diterima sebahagian penyokong pembangkang Melayu.

Dalam masa sama, RESET dilihat semakin rapat dengan sokongan akar umbi Parti Islam Se-Malaysia, khususnya apabila hubungan PAS dan kepimpinan Muhyiddin Yassin dikatakan semakin renggang.

Beberapa penganalisis turut berpandangan langkah PAS memperluaskan sasaran kerusi di Melaka memberi isyarat bahawa parti itu mula menilai semula kedudukan Bersatu dalam Perikatan Nasional dan melihat Hamzah sebagai figura yang semakin berpengaruh dalam blok pembangkang.

Perkembangan ini menguatkan lagi spekulasi bahawa RESET bukan sekadar gerakan sementara, tetapi berpotensi menjadi platform penyusunan semula politik Melayu menjelang PRU16. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share