RMK13 Tak Sama Dengan Manifesto Pilihanraya – Penganalisis

KUALA LUMPUR, 5 Ogos 25 – Penganalisis politik berpendapat bahawa sungguhpun ada beberapa pihak yang beranggapan dokumen Rancangan Malaysia ke 13 (RMK13) seakan manifesto pilihan raya, namun ianya ada perbezaan.

Prof Madya Dr Mazlan Ali berkata, sekiranya ada yang berpendapat demikian pastilah berdasarkan sebab-sebab tertentu.

“Dia (RMK13) dibuat dengan (input) yang buat itu tenaga pakar, yang buat itu adalah pegawai-pegawai kerajaan dan expert (pakar) yang dilantik. 

“Jadi dia bukan satu dokumen-dokumen kosong, dia mesti ada asas yang kukuh untuk dibuat ini.

Menurutnya lagi, ahli parlimen sepatutnya boleh membezakan antara Manifesto dengan RMK13. 

“Sebab manifesto ini digaris oleh ahli politik, pembuatan manifesto itu dia lebih kepada idea-idea populis, satu-satu rancangan kerangka yang longgar berbanding dengan rancangan Malaysia. Katanya kepada politiko.

Namun demikian, Mazlan tidak menolak RMK mempunyai hubungkait dengan politik kerana projek-projek RMK ini juga akan dijual semasa pilihanraya.

“Jadi dari sudut politik, pandangan itu pun tidak salah pada saya, jika ada orang kata itu sebagai dokumen pilihan raya kerana benda ni pun juga yang akan dijual nanti oleh parti pemerintah semasa pilihan raya.  Ujarnya.

Selepas pembentangan RMK13 oleh Perdana Menteri beberapa ahli parlimen menyifatkan RMK yang dibentang seakan menyamai manifesto pilihanraya. Antara ahli parlimen yang berpendapat begitu Hassan Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang dan beberapa ahli parlimen pembangkang yang lain. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share