Rumah Bangsa: Strategi PMX Kuasai Undi Melayu Dalam PRU-16?

Hari ini kita dapat lihat bagaimana AMANAH dalam Pakatan Harapan (PH) telah gagal berfungsi sebagai parti komponen yang menyumbang kepada deposit undi Melayu dan Islam kepada PH.

Ini dapat dilihat di mana AMANAH hanya mampu menguasai pengundi-pengundi ihsan daripada DAP dan PKR dalam PRU yang lalu. Juga terbukti apabila PMX hanya memberikan kepercayaan beliau kepada tokoh dalam ABIM untuk menguruskan Menteri Agama pasca rombakan kabinet sebelum ini.

Mujurlah PMX ada UMNO yang mendukung perjuangan beliau hari ini. Dalam politik Malaysia, istilah “perpaduan” sering menjadi kata kunci yang sarat dengan makna moral dan emosi.

Namun, di sebalik slogan yang kedengaran sama, agenda politik yang dibawa oleh PAS dan UMNO hari ini bergerak pada arah yang berbeza bukan sahaja dari sudut matlamat, tetapi juga dari sudut kekuatan sebenar yang dimiliki oleh kedua-dua parti.

PAS mengangkat perpaduan sebagai strategi untuk menewaskan Pakatan Harapan (PH) yang ternyata gagal mentadbir negara ini dengan baik. Dalam kerangka falsafah PAS, perpaduan bukan semata-mata strategi politik, tetapi dikaitkan rapat dengan survival politik Melayu dan Islam di Malaysia pada masa hadapan.

PAS melihat perpaduan sebagai keperluan bagi memastikan hala tuju negara terus berpaksikan kuasa politik umat Islam dan orang Melayu.

PAS kini muncul sebagai parti tunggal terbesar di Dewan Rakyat dengan bilangan Ahli Parlimen yang signifikan. Lebih penting lagi, PAS bukan sekadar mempunyai kedudukan yang besar di Parlimen, tetapi juga memiliki asas kuasa politik negeri yang kukuh dengan penguasaan beberapa kerajaan negeri.

Kedudukan dan pengaruh ini memberikan PAS kelebihan strategik yang mempunyai mandat rakyat, jentera akar umbi yang aktif, serta pengalaman mentadbir yang semakin meningkat.

Kekuatan ini menjadikan seruan perpaduan PAS bersifat ofensif dalam mengembangkan pengaruh dan menterjemahkan sokongan sedia ada kepada mencabar hegemoni kuasa politik di peringkat Persekutuan.

Sebaliknya, UMNO berada dalam posisi yang jauh lebih defensif. Dari sudut angka, bilangan Ahli Parlimen UMNO merosot dengan ketara berbanding era dominasi mutlaknya dahulu. Di peringkat negeri pula, UMNO tidak lagi memerintah mana-mana kerajaan negeri secara bersendirian.

Peranan UMNO hari ini lebih banyak bergantung kepada kerjasama dalam kerajaan campuran, khususnya melalui kerajaan perpaduan di peringkat Persekutuan.

Dalam konteks ini, konsep “rumah bangsa” yang dibawa UMNO mencerminkan realiti kekuatannya yang semakin terhad. Perpaduan versi UMNO hanyalah demi mengekalkan kestabilan politik dengan menyokong atau tidak menggugat kerajaan sedia ada.

Bagi sebahagian pemerhati, perpaduan ini lebih menjurus kepada survival politik sebahagian pemimpin UMNO dalam struktur kuasa semasa, berbanding survival politik Melayu secara kolektif.

Perbezaan ini penting untuk difahami. PAS menyeru perpaduan dari posisi kekuatan sebagai parti pembangkang terbesar di parlimen di samping mentadbir 3 negeri. UMNO pula menyeru perpaduan dari posisi kelemahan sebagai parti yang sedang bergelut mengekalkan survival sebahagian pemimpin UMNO dan pengaruh dalam kerajaan.

Maka, anak muda berdepan dengan dua tafsiran perpaduan yang sangat berbeza. Satu berpaksikan perubahan dan peluasan kuasa berdasarkan hala tuju survival politik Melayu dan Islam pada masa hadapan . Satu lagi berpaksikan kestabilan pentadbirah PH dan pengurusan kuasa dalam kerangka kerajaan semasa.

Akhirnya, persoalan untuk anak muda bukan sekadar siapa paling kuat melaungkan slogan perpaduan, tetapi siapa yang memiliki kekuatan sebenar untuk menterjemahkan perpaduan itu kepada dasar, tadbir urus dan masa depan negara.

Lebih menjelekkan lagi, idea ini dizahirkan dalam PAU selepas daripada pertuduhan ke atas Presiden UMNO dikategorikan sebagai “NFA” dan dikatakan telah mendapat ‘mandat’ daripada kebinet.

Inisiatif Rumah Bangsa, Musyawarah Nasional dan Majlis Perundingan Ummah pasca PAU dilihat sebagai nilai baharu bagi UMNO sebagai parti komponan dalam Kerajaan PH-BN yang ada pada hari ini dalam membantu PMX atau PKR untuk kekal terus menjadi PM pasca PRU-16.

Muhammad Faizzuddin bin Mohd Zai, Naib Ketua Pemuda PAS Selangor

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili pandangan politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Rancangan Pendidikan Kerajaan Dipersoal

Pada sesi Parlimen lalu, saya menyatakan bahawa apabila PN mentadbir Putrajaya, tidak kira sama ada akan wujud satu atau dua kementerian tentang pendidikan, PN akan mempunyai hanya SATU pelan pendidikan negara sahaja.
Read More
Total
0
Share