RUU Mahkamah Syariah Kelantan 2026 Bina Semula Kerangka Undang-Undang Berteraskan Maqasid Syariah

KOTA BHARU | 13 Ogos 26 – Kerajaan Negeri Kelantan membawa semula Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah Kelantan 2026 pada persidangan kali ini susulan keputusan Mahkamah Persekutuan yang membatalkan 16 peruntukan dalam Kanun Jenayah Syariah (I) 2019.

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, RUU berkenaan bukan sekadar bertujuan mengemas kini bentuk hukuman, sebaliknya membina semula kerangka undang-undang syariah berlandaskan maqasid syariah secara menyeluruh.

Menurut beliau, antara elemen penting yang diketengahkan ialah pendekatan pencegahan, selain tindakan terhadap kesalahan yang telah berlaku.

“RUU ini bukan sekadar mengemas kini hukuman, tetapi membina semula kerangka undang-undang syariah berlandaskan maqasid syariah secara menyeluruh.

“Satu elemen penting dalam RUU ini ialah pendekatan pencegahan. RUU tidak hanya menangani kesalahan yang telah berlaku, tetapi turut mengambil kira perbuatan yang berpotensi membawa kepada kerosakan sosial,” katanya.

Beliau berkata, dalam aspek penjagaan keturunan dan nasab, RUU itu antaranya mengandungi peruntukan berkaitan persetubuhan luar nikah, kehamilan luar nikah serta perbuatan yang boleh membawa kepada zina.

Katanya, bagi aspek penjagaan akal pula, RUU berkenaan memberi penekanan terhadap kewarasan minda serta kesalahan berkaitan minuman memabukkan.

Wan Ahmad Fayhsal berkata, pendekatan tersebut membawa mesej bahawa undang-undang syariah tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai instrumen untuk menghukum pesalah.

“Undang-undang syariah bukan semata-mata bertujuan menghukum, tetapi turut memberi ruang kepada pemulihan, pendidikan dan sumbangan semula pesalah kepada masyarakat,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Kelantan di bawah pimpinan Menteri Besar Kelantan, Timbalan Menteri Besar Kelantan serta semua pihak yang terlibat dalam penggubalan RUU Mahkamah Syariah Kelantan 2026. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share