RUU PSB (URA), Ditarik Balik

PUTRAJAYA | 23 Jan 26 – Rang Undang-Undang (RUU) kontroversi, RUU Pembaharuan Semula Bandar (PSB) telah ditarik balik oleh kerajaan bagi tujuan penambahbaikan sebelum dibentangkan semula kelak.

Menurut jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil berkata, langkah itu diputuskan selepas mengambil kira pandangan Ahli Parlimen yang menyuarakan kebimbangan mengenai RUU tersebut, anggota Jemaah Menteri, serta ‘rakan-rakan Umno’.

“Jemaah Menteri hari ini bersetuju bahawa RUU PSB ini akan ditarik balik untuk ditambah baik melalui beberapa pindaan dan tambahan yang akan diteliti dibentangkan, dibincang dan diputuskan pada satu tempoh yang akan dimaklumkan (sebelum) dibentangkan semula dalam bentuk yang baharu di Parlimen,” katanya pada sidang media, hari ini.

RUU PSB atau URA telah mencetuskan bantahan dari segenap lapisan masyarakat. RUU ini didakwa mempunyai banyak kelemahan disamping dakwaan ia akan menjadi punca terhakisnya kumpulan Melayu bandar jika ia dilaksanakan.

Untuk rekod, cadangan RUU ini telah dua kali dibatalkan, semuanya akibat tekanan kuat dari masyarakat dan blok pembangkang. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

WAWASAN Sasar Tambun, Fadhli Sedia Cabar Dominasi Anwar

"Dengan dukungan bakal Presiden WAWASAN, Datuk Seri Hamzah Zainudin, saya akan mengambil tanggungjawab untuk menubuhkan jentera WAWASAN di Tambun sebagai persediaan menghadapi PRU16 sekiranya itu menjadi medan perjuangan yang dipilih," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Read More

Bersatu Hilang Arah, Dakwa Chegubard

Beliau yang lebih dikenali sebagai Chegubard mendakwa, dengan adanya PAS dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) Bersatu seharusnya boleh bergerak lebih pantas sekiranya fokus kepada perkara yang betul.
Read More
Total
0
Share