
KUALA LUMPUR, 27 Okt 25 — Ahli Parlimen Indera Mahkota, Saifuddin Abdullah, tampil sebagai pemimpin terkini dalam parti Bersatu yang secara terbuka menggesa Presiden parti, Muhyiddin Yassin, melepaskan jawatan serta-merta dan memberi laluan kepada generasi baharu.
Saifuddin mendesak agar setiausaha agung Bersatu, Azmin Ali, digugurkan dari jawatannya atas dakwaan beliau masih terpalit dengan skandal lama yang membabitkan isu moral.
Saifuddin merupakan ahli Parlimen ketiga yang secara terbuka membuat pendirian sedemikian terhadap Muhyiddin, menyertai senarai yang sebelum ini menyaksikan Wan Saiful Wan Jan dan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyuarakan kritikan terbuka terhadap pentadbiran parti.
Beliau turut menuntut penjelasan segera Muhyiddin berkaitan kedudukan menantunya, Adlan Berhan, yang kini dikehendaki dalam kes rasuah dan dikatakan hidup mewah ketika menyembunyikan diri di sebuah negara Timur Tengah.
Sementara itu, kenyataan Saifuddin mengesahkan kehadiran beberapa ketua bahagian lain dalam siri jelajah Semarak Bersatu yang diadakan bermula di Johor,kelihatan dalam program tersebut termasuk bekas ahli Parlimen Batu Pahat, Rashid Hasnon. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.