
Saya benar-benar risau dengan apa yang sedang berlaku dalam negara, terutama usaha diam-diam untuk ubah sempadan pilihan raya – atau yang kita kenal sebagai gerrymandering.
Ini bukan perkara kecil.
Saya telah menyedari isu ini sejak lebih 35 tahun lalu. Saya belajar bagaimana sempadan pilihan raya boleh digunakan untuk lindungi atau lemahkan kekuatan politik Melayu.
Hari ini, apa yang saya bimbang itu seolah-olah sedang berlaku.
Saya membesar ketika zaman konflik dunia — Perang Vietnam, krisis Timur Tengah, dan apartheid di Afrika Selatan.
Saya lihat sendiri bagaimana kaum asal yang dahulunya kuat, akhirnya hilang tempat di tanah sendiri.
Lihatlah apa yang berlaku kepada masyarakat Asli di Amerika, kaum Aboriginal di Australia, rakyat Palestin, dan juga orang Melayu di Singapura.
Mereka tidak hilang semuanya kerana perang, tetapi kerana mereka lambat bertindak.
Hari ini, seakan-akan sejarah itu mahu berulang di tanah air kita sendiri.
Pernah satu masa dahulu, orang Melayu sangat kuat dalam politik. UMNO ketika itu memegang lebih dua pertiga kerusi Parlimen.
Untuk memilih Perdana Menteri, hanya perlu sokongan 2,800 perwakilan.
Namun kuasa itu menjadikan kita terlalu selesa. Ada pemimpin yang jadi sombong, tamak dan lupa tanggungjawab terhadap rakyat dan masa depan bangsa.
Dalam masa yang sama, DAP makin kuat dengan sokongan penuh pengundi mereka sendiri.
Kini di bawah kerajaan pimpinan Anwar, DAP sedang berusaha ubah sempadan kawasan pilihan raya — bukan untuk tambah suara rakyat, tetapi untuk tambah kerusi mereka sendiri.
Ini boleh jejaskan kuasa politik orang Melayu.
Inilah yang disebut sebagai “politik nombor”. Dahulu sempadan pilihan raya dibentuk demi kepentingan negara.
Tapi kini, nampaknya ia diubah demi kepentingan politik kelompok tertentu.
Namun harapan masih ada — jika kita bertindak segera.
Pemimpin Melayu dalam kerajaan sekarang perlu bersuara jika mereka benar-benar peduli masa depan bangsa. Kalau terus diam, rakyat tidak akan lupa.
Paling penting, orang Melayu mesti bersatu. Jika terus berpecah, kita akan hilang kuasa politik. Tapi jika bersatu, kita mampu halang segala perubahan yang menindas dan pertahankan hak kita.
Undi Melayu dan Bumiputera adalah benteng terakhir kita. Peluang sudah tidak banyak.
Perikatan Nasional (PN) telah buktikan diri sebagai kumpulan yang tegas pertahankan hak Melayu dan Bumiputera, tanpa menafikan hak kaum lain.
Ini bukan lagi soal politik semata-mata. Ini soal kelangsungan bangsa, budaya, dan masa depan anak cucu kita.
Ingatlah apa yang berlaku dalam era 1960-an. Ramai percaya cinta dan keamanan seperti mesej gerakan Hippie boleh ubah dunia. Tapi mimpi itu tak bertahan lama.
Kuasa tak boleh dijaga hanya dengan harapan dan bunga — ia perlukan kesedaran, kesatuan dan tindakan.
Orang Melayu mesti bangkit. Cukup-cukuplah bermimpi.
Negara ini amanah kita. Masa depan di tangan kita — sama ada kita pertahankannya, atau kita kehilangannya untuk selama-lamanya.
Ghafar Mohamad – Prowaris