Wawasan Negara Selangor Lapor Polis Teater Hina Rukun Negara

BATU ARANG | 22 Sepr 26 – Ketua Penerangan Wawasan Negara, Negeri Selangor merangkap Ketua Bahagian Selayang Parti Wawasan Negara, Ahmad Nasir Mid, membuat laporan polis berhubung sebuah video di TikTok yang didakwa memaparkan sebuah teater yang memperlekehkan Rukun Negara.

Menurut Ahmad Nasir, tindakan itu diambil kerana beliau berpandangan kandungan berkenaan tidak seharusnya dipandang ringan sekiranya terdapat unsur yang melanggar undang-undang.

Beliau menegaskan Rukun Negara bukan bahan untuk dipermainkan kerana ia merupakan antara asas yang menyatukan rakyat Malaysia.

“Kita boleh berbeza kaum, agama dan pandangan, tetapi jangan sesekali mempermainkan asas yang menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia,” katanya.

Ahmad Nasir turut menyeru orang ramai supaya tidak hanya melihat dan berdiam diri sekiranya menemui kandungan yang dipercayai mempunyai unsur melanggar undang-undang.

“Tonton, fahami, dan jika terdapat unsur yang melanggar undang-undang, gunakan saluran yang sah untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata tindakan undang-undang perlu digunakan terhadap mana-mana pihak yang didapati tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan atau Rukun Negara.

“Bertindak secara bertanggungjawab. Pertahankan Rukun Negara. Jaga Malaysia,” katanya.

Terdahulu, tular satu rakaman video pementasan yang dimuat naik di platform Instagram oleh pengguna ‘The Fever Kinetic Theatre’ didakwa mengandungi unsur penghinaan terhadap institusi raja, Malaysia serta Rukun Negara.

Klip video pementasan teater selama 10 minit yang pernah dipersembahkan dalam acara ‘Theatre for The Arts’ pada 2018, dipercayai di muat naik sempena Hari Malaysia oleh kumpulan ini. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share