
KUALA LUMPUR | 13 Feb 26 – Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri hamzah Zainuddin, telah dipecat oleh Lembaga Disiplin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkuatkuasa sertam merta.
Lembaga Disiplin yang bersidang, turus memecat dua Ahli Parlimen parti itu serta-merta, susulan pelanggaran disiplin dan tindakan yang didakwa bertentangan dengan ketetapan parti.
Dua wakil rakyat yang terlibat ialah Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob, serta Ahli Parlimen Padang Rengas, Azahari Hasan.
Menurut notis pemecatan dibuat di bawah FASAL 22.5 berkuatkuasa mulai tarikh surat ini dikeluarkan kerana tindakan Yang Berhormat melanggar FASAL 9.1.4 Perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Perkembangan ini jelas menunjukkan bahawa Muhyiddin sudah tidak dapat mengawal tekanan dengan bertindak menggunakan kuasanya untuk mempertahankan kedudukannya. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.