Kewujudan Pemimpin Melayu Bukan Bukti DAP Parti Untuk Semua – Wawasan Negara

KUALA LUMPUR | 23 Julai 26 – Parti Wawasan Negara menolak dakwaan Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan, bahawa dirinya merupakan “bukti hidup” DAP ialah sebuah parti untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Wawasan Negara, Hajah Bibi Sunita Haji Sakandar Khan berkata, kewujudan beberapa pemimpin Melayu atau Islam dalam sesebuah parti tidak dengan sendirinya membuktikan bahawa dasar, perjuangan dan tindakan keseluruhan parti itu benar-benar mewakili kepentingan semua rakyat.

Menurut beliau, sesebuah parti politik sepatutnya dinilai berdasarkan pendirian rasmi, rekod perjuangan, keputusan kolektif serta tindakan para pemimpinnya, bukannya identiti seorang atau dua orang ahli.

“Rakyat berhak menilai DAP berdasarkan pendirian rasmi, rekod perjuangan, keputusan kolektif dan tindakan para pemimpinnya, bukan berdasarkan identiti seorang atau dua orang ahlinya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, slogan seperti “DAP untuk semua” hanya akan diyakini sekiranya disokong oleh dasar dan tindakan yang konsisten, bukannya bergantung kepada kewujudan individu tertentu dalam parti.

Katanya, rakyat memerlukan bukti yang diterjemahkan melalui pendirian dan tindakan keseluruhan parti, termasuk dalam cara parti itu menangani isu-isu yang melibatkan kepentingan negara serta masyarakat majmuk.

“Bukti bahawa sesebuah parti benar-benar untuk semua bukan terletak pada seorang individu, tetapi pada dasar, tindakan dan pendirian keseluruhan parti,” katanya.

Kenyataan itu dibuat sebagai respons kepada kenyataan Syahredzan yang menyifatkan dirinya sebagai “bukti hidup” bahawa DAP merupakan sebuah parti yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share