Azmin Kecewa Dengan Muhyiddin, Buat Keputusan Tanpa Bincang

KUALA LUMPUR | 13 Feb 26 – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meluahkan rasa kecewa terhadap keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikatakan tidak berbincang atau memaklumkan terlebih dahulu kepada pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan komponen gabungan mengenai hasratnya melepaskan jawatan sebagai pengerusi Perikatan Nasional (PN).

Memetik laporan malaysiakini, Azmin, yang menjawat jawatan Setiausaha Agung BERSATU, berkata beliau dan pemimpin lain terkejut apabila perlu menjawab pertanyaan media dan orang ramai berikutan keputusan yang diumumkan Muhyiddin ketika berada di London.

“Sebagai setiausaha agung, saya langsung tidak menerima sebarang makluman. Jadi, kami agak kecewa ketika itu kerana terpaksa berdepan media dan orang ramai yang bertanya, ‘apa yang berlaku?

“Kita menguruskan sebuah gabungan, bukan hanya sebuah parti. Malah menguruskan sebuah cawangan kecil pun sudah mencabar, apatah lagi menguruskan parti dengan empat ideologi dan latar belakang berbeza,” tegasnya, merujuk kerumitan peranan memimpin PN tanpa perbincangan terlebih awal.

Bagaimanapun, Azmin menjelaskan bahawa selepas Muhyiddin pulang dari luar negara, perbincangan antara mereka telah diadakan di mana Muhyiddin memberi penjelasan tentang sebab-sebab pengunduran itu. Menurut Azmin, keputusan tersebut akhirnya difahami dan dihormati oleh pihaknya.

Muhyiddin baru-baru ini meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2026. Hingga kini jawatan tersebut belum diisi. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share