SPR Teliti Syor Tambah Masa Kempen Dari 14 Kepada 21 Hari

KUALA LUMPUR, 6 Okt 25 – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang meneliti syor melanjutkan tempoh berkempen dalam Pilihan Raya daripada 14 hari kepada tiga minggu sebagai sebahagian daripada langkah penambahbaikan proses undi pos, kata Pengerusinya, Datuk Seri Ramlan Harun.

Memetik laporan Berita Hairan, Ramlan berkata, SPR sedar terdapat keluhan daripada pengundi pos, mereka sukar mengembalikan kertas undi dalam tempoh ditetapkan dalam masa yang diperuntukkan ketika ini.

“Undi pos ini kadang-kadang ada rungutan menyatakan tempoh diberikan untuk mereka mengembalikan undi, terutama dari luar negara, agak lewat.

“Perkara itu sedang dalam tindakan kita dan SPR melaksanakan libat urus dengan pihak berkaitan untuk menambah baik kaedah undi pos,” katanya.

Cadangan penambahbaikan itu katanya adalah antara kaedah yang boleh segera dilaksanakan tanpa sebarang pindaan undang-undang.

“Namun, ia tetap membawa isu lain, termasuk beban tugas serta cabaran logistik yang perlu ditangani,” tegasnya,” katanya lagi.

SPR juga katanya sedang meneliti  penggunaan sistem pengenalan diri biometrik.

“Tetapi kita perlu melihat pelbagai aspek kerana membabitkan teknologi memerlukan persiapan lebih lengkap.

“Yang paling penting dalam pilihan raya adalah memastikan tidak ada sebarang unsur yang boleh menyebabkan keputusan diragukan,” katanya. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share