
KUALA LUMPUR, 3 DIS 25 — Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menegaskan bahawa sebarang kegiatan dianggap songsang atau tidak bermoral tidak wajar berlaku di negeri Pahang dan mesti dihentikan segera.
Baginda menyatakan beliau “terkejut” dengan laporan yang tersebar mengenai kegiatan sedemikian, dan menyeru pihak berkuasa tempatan terutamanya semua Majlis Perbandaran di seluruh daerah supaya memperkukuh pemantauan premis seperti spa bagi mengelak penyalahgunaan.
“Kalau ada premis yang menyediakan fasiliti seperti spa, pantau dengan lebih rapi supaya tidak berlaku kegiatan songsang di negeri ini,” titah baginda dalam hantaran rasmi di laman Facebook Kesultanan Pahang, semalam.
Baginda turut menekankan bahawa tindakan sewajarnya perlu diambil sekiranya terdapat mana-mana pihak yang terlibat baik premis mahupun individu dalam kegiatan yang melanggar norma dan undang-undang.
Seruan itu datang selepas serbuan sebuah premis di Kuala Lumpur yang mengakibatkan penahanan puluhan individu, dan menimbulkan kebimbangan bahawa kegiatan tidak bermoral mungkin merebak ke negeri-negeri lain. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.