Cukup Bukti Untuk Dakwa Pelanggan Spa Songsang, Kata Haniff Khatri

KUALA LUMPUR, 3 DIS 25 – Peguam Kanan Haniff Khatri Abdulla mendakwa terdapat bukti mencukupi mendakwa pelanggan spa songsang di Chow Kit,di  ibu negara baru-baru ini.

Katanya, pendakwaan boleh dilakukan di bawah Seksyen 377D yang mana berkaitan kelucahan melampau.

Haniff Khatri berkata, berdasarkan laporan media mendapati pasukan polis yang menyerbu premis berkenaan mendapati terdapat sekumpulan lelaki berada di dalam jakuzi beramai-ramai tanpa seurat benang.

“Kalau itu dalam kelihatan pegawai yang hadir bukankah mandi beramai-ramai, bogel, terdapat lelaki dalam jakuzi adalah lucah melampau, apa lagi pada masa itu jika ada pegang anggota badan masing-masing,” katanya dalam rancangan audio siar anjuran pertubuhan Wafiq.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus sebelum ini dilapor berkata, 171 dari 201 lelaki yang ditahan dalam serbuan pusat spa yang dijadikan sarang lelaki gay di Chow Kit sudah dibebaskan dengan jaminan polis.

Polis katanya tidak dapat meneruskan pendakwaan terhadap 171 lelaki warga tempatan yang ditahan dalam serbuan itu kerana tiada seorang pun mengaku sebagai mangsa.

Fadil menjelaskan kesemua individu terbabit disiasat di bawah Seksyen 377 dan Seksyen 372 Kanun Keseksaan, namun tiada bukti mencukupi untuk meneruskan pendakwaan.

“Tetapi untuk ketua polis KL kata tidak ada keterangan cukup adalah satu khilaf.

“Pengawai menyerbu adalah saksi. Mereka yang kena bawa keterangan ini ke mahkamah bila mana lelaki-lelaki berkenaan dituduh,” katanya.

Katanya, Jabatan Peguam Negara (AGC) boleh membantu pihak polis bagi meneruskan pendakwaan di bawah undang-undang berkenaan.

“Walaupun tanpa reman mereka boleh terus dituduh di bawah Seksyen 377D berpandukan keterangan pegawai yang serbu tingkat satu atau dua di mana jakuzi berada dan boleh nampak dan cam siapa lelaki dalam jakuzi itu.

“Bagi saya itu asas untuk tuduhan bawah Seksyen 377D.

“Saya tak nampak bagaimana ketua polis KL kata tiada bukti mencukupi. Bukti lebih pada cukup untuk Seksyen 377D. Ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan mengenai kegiatan sebuah pusat spa yang dipercayai menjadi lokasi golongan lelaki songsang berkumpul dan melakukan aktiviti tidak bermoral, yang terbongkar dalam serbuan di sebuah premis di Chow Kit pada Jumaat lalu.

Operasi oleh Bahagian D7 (Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat) IPK Kuala Lumpur bersama DBKL dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menahan seramai 171 lelaki tempatan. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share