
Saya mengikuti dengan penuh minat respons daripada saudara Tun Faisal terhadap pandangan ringkas saya berkaitan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning baru-baru ini.
Pertamanya, saya mengucapkan terima kasih kerana memberi perhatian terhadap pandangan seorang rakyat biasa seperti saya. Sebagai seorang yang sudah lama bergelumang dalam dunia politik, saya sedar pandangan saya mungkin tidak sempurna dan perlu dilihat dengan hikmah, bukan dengan kemarahan.
Saya tidak pernah mendakwa diri saya sebagai pakar PRK Ayer Kuning, apatah lagi mempersoalkan usaha keras rakan-rakan di lapangan. Saya sekadar berkongsi pandangan berdasarkan pengalaman panjang saya dalam memahami gelombang dan isyarat rakyat, yang kadangkala tidak kelihatan di permukaan kempen pilihan raya.
Pandangan saya bukan ditulis dari “atas katil” seperti yang saudara Tun Faisal bayangkan, tetapi lahir dari rasa kasih terhadap masa depan politik tanah air yang memerlukan kejujuran dalam menilai kelemahan dan ruang penambahbaikan.
Dalam politik, kita mesti berani menyemak diri sendiri, bukan sekadar menyalahkan pihak lawan. Mampu muhasibah diri dan berlapang dada untuk menerima kritikan.
Saya hadzir ke Dun Ayer Kuning dan singgah di markas semua parti yang bertanding dan mendengar ceramah.
Olih kerana ada pengalaman tujuh kali bertanding dan berlainan parti dan selalu di lapangan, adalah sikit pengalaman untuk dikongsi dan diharap memberi faedah.
Tapi kalau nak serang dan gaduh dengan saya, pun bolih. Saya biasa sangat dan kata-kata saya nanti lemak manis. Cuma siapalah dia ni nak berdepan dengan saya, apa rekod kejayaaan perjuangan selama ini. Kita tunggu ya PRU 16. Sabar.
Saya juga ingin menegaskan, teguran sesama kita dalam keluarga besar pembangkang harus diterima dengan dada terbuka, kerana musuh sebenar kita bukanlah rakan seperjuangan, tetapi mereka yang menindas rakyat dan menggadaikan amanah.
Dalam perjuangan ini, saya tetap mendoakan kejayaan rakan-rakan di PN, termasuk PAS dan Bersatu. PUTRA, walaupun kecil, sentiasa berdiri teguh di medan perjuangan untuk mempertahankan hak rakyat dan memperkasakan bangsa. Saya bukan barua seperti setengah pihak. Sekali menentang DAP dan sekali sokong DAP.
Panjang nanti jadi cerita ini. Mind you I’m not hipokrit
Akhir sekali, saya tidak perlu memohon maaf jika kata-kata saya terdahulu menimbulkan kegusaran. Saya tetap percaya bahawa kekuatan politik bukan hanya diukur pada jumlah undi, tetapi juga pada kematangan akhlak dan kesediaan menerima pandangan berbeza.
“Dalam medan politik, yang berselisih bukan musuh, yang mengkritik bukan membenci, kerana akhirnya, rakyatlah hakim yang menentukan.”
Sekian, terima kasih.
Dato’ Ibrahim Ali
Presiden
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA)