Browsing Tag
Ronald Kiandee
4 posts
Ronald Gesa Majlis Tertinggi PN Bermesyuarat Segera, Nilai Semula Kedudukan BERSATU
Naib Presiden BERSATU (Digantung), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menggesa Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) bermesyuarat dengan kadar segera bagi menilai kedudukan semasa BERSATU dalam gabungan itu susulan krisis dalaman yang menurutnya semakin meruncing dan berpotensi menjejaskan kesiapsiagaan PN menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.
Bekalan Elektrik Sabah Masih Jauh Ketinggalan, Ronald Persoal Komitmen Kerajaan
Sehubungan itu, Ronald meminta jaminan daripada kerajaan bahawa pelaksanaan dasar tenaga baharu, termasuk tenaga nuklear, solar dan sumber tenaga boleh diperbaharui lain, tidak hanya memberi manfaat kepada negeri tertentu, sebaliknya memastikan rakyat di seluruh negara menikmati bekalan elektrik yang lebih stabil dan adil.
Ronald Sanggah Peja: Usul Muhyiddin Calon PN Dibawa Melalui ‘Pintu Belakang’
“Sebagai Naib Presiden serta Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi pada ketika itu, saya mengesahkan usul itu dibuat melalui pintu belakang dan tidak langsung dibincangkan dalam Mesyuarat MPT yang diadakan sebelum PAT berkenaan,” kata Ronald
Digantung 2 Penggal – Ronald Dakwa Lembaga Disiplin Jadi Alat Politik
Beliau mendakwa keputusan terhadapnya itu hanya menguatkan persepsi bahawa Lembaga Disiplin parti kini digunakan sebagai alat politik untuk melindungi presiden dan kelompok kecil di sekeliling kepimpinan tertinggi.