Terengganu Terima Audit Bersih 2024, Bukti Konsistensi Pengurusan Kewangan Negeri

KUALA LUMPUR | 5 Feb 26 – Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman mencatat pencapaian apabila berjaya menerima Sijil Audit Bersih (Pendapat Tanpa Teguran) menerusi Laporan Ketua Audit Negara bagi Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Tahun 2024.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata kejayaan tersebut adalah hasil konsistensi dalam pengurusan kewangan negeri, termasuk pematuhan kepada peraturan, disiplin perbelanjaan serta pemantauan berterusan terhadap tatakelola kewangan.

Menurut beliau, pencapaian audit bersih itu mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan setiap perbelanjaan awam diurus secara telus, berhemah dan berintegriti, sejajar dengan keperluan perundangan serta kepentingan rakyat.

Beliau turut menegaskan bahawa pengiktirafan melalui laporan Ketua Audit Negara bukan sekadar penilaian teknikal, sebaliknya menjadi ukuran penting tahap akauntabiliti dan kecekapan pentadbiran kewangan sesebuah kerajaan negeri.

Kerajaan negeri, katanya, akan terus mengekalkan amalan pengurusan kewangan yang berdisiplin bagi memastikan kestabilan fiskal Terengganu kekal mampan serta memberi keyakinan kepada rakyat terhadap pentadbiran negeri. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Iran Kemuka Pelan 10 Perkara Jadi Asas Rundingan

Kandungan pelan itu mengandungi beberapa tuntutan besar yang sebelum ini ditolak Washington, termasuk keperluan untuk, menarik balik sekatan ekonomi sepenuhnya, menerima program pengayaan uranium Iran, serta memberi kawalan tertentu kepada Iran ke atas laluan strategik Selat Hormuz.
Read More

RCI: TH Sebenarnya Rugi RM1.4b, Bukan Untung RM3.4b

"Suruhanjaya mendapati beberapa perkara yang dilaporkan oleh PwC dalam financial review tersebut adalah benar. Sekiranya piawaian Malaysian Financial Report Standard (MFRS) diguna pakai sepenuhnya bagi tahun kewangan 2017, LTH sepatutnya merekodkan kerugian bersih sebanyak RM1.4 bilion berbanding keuntungan RM3.4 bilion seperti yang direkodkan dalam Laporan Kewangan 2017.
Read More
Total
0
Share