Teresa Kok Minta Kerajaan Tambah Dana PDRM Untuk Bawa Balik Menantu Muhyiddin

Foto Berita Harian

KUALA LUMPUR, 26 NOV 25 — Ahli Parlimen Seputeh, YB Teresa Kok, hari ini mencadangkan agar kerajaan menambah peruntukan dana kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memudahkan usaha membawa balik menantu Ahli Parlimen Pagoh.

Dalam perbahasan di Dewan Rakyat pagi ini, Teresa Kok berkata menantu berkenaan kini dipercayai berada di Qatar, namun proses membawa baliknya menghadapi kekangan, termasuk faktor kewangan.

“Sekarang dia diwarwarkan di seluruh dunia. Kita tahu ia berada di Qatar. Tapi kita tak tahu bagaimana boleh dapat bawa balik. Mungkin ini kerana kekurangan dana daripada pihak PDRM. Jadi saya minta pihak kerajaan tolonglah PDRM untuk mendapatkan balik menantu daripada yang berhormat Pagoh. Sekian, terima kasih,” kata Teresa Kok.

Cadangan itu menekankan keperluan kerajaan memastikan PDRM mempunyai sumber mencukupi untuk menangani kes-kes yang melibatkan warganegara di luar negara, termasuk situasi yang memerlukan kerjasama antarabangsa.

Baru-baru ini, Polis mengesahkan sedang berusaha mendapatkan bantuan negara terlibat bagi menahan menantu bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menghadapi pertuduhan pecah amanah.

Terdahulu, media melaporkan ahli perniagaanMuhammad Adlan Berhan yang telah melarikan diri sejak lebih dua tahun itu kini menjalani kehidupan mewah di sebuah negara di Asia Barat. Media turut melaporkan beliau kerap keluar masuk negara berkenaan untuk perjalanan ke luar negara, termasuk ke Thailand bagi bermain golf dan mengunjungi lapang sasar menembak. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share