Tidak Hadir Pertemuan Kerana Hadi Ada Program Lain, Kata Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR, 20 Jul 25 – Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak dapat menghadiri pertemuan pemimpin parti di luar kerajaan bersama Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berikutan komitmen terhadap program lain.

Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Hadi perlu hadir program yang telah dipersetujui lebih awal.

“Kebetulan presiden mempunyai program yang telah diterima lebih awal dan tidak dapat dielakkan,” katanya ringkas, seperti dilaporkan Malaysiakini.

Namun begitu katanya, hasil pertemuan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN, yang turut akan disertai PAS.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu sebelum ini menganjurkan pertemuan santai bersama pemimpin parti politik di luar kerajaan dengan dihadiri Timbalan Presiden Bersatu dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin, Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau, Presiden Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) Punithan Paramsiven, Presiden Pejuang Datuk Seri Mukhriz Mahathir, dan Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) Datuk Ibrahim Ali.

Turut hadir Ketua Belia Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP) Sathiah Sudakaran, Presiden Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) Zamani Ibrahim, presiden Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai) P Ramasamy, dan Presiden Parti Kemajuan Malaysia (MAP) P Waytha Moorthy.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik di laman media sosial Muhyiddin, pemimpin PAS atau wakil parti Islam itu bagaimanapun tidak kelihatan dalam pertemuan tersebut.

Sementara itu Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, PAS turut dijemput ke pertemuan itu namun tidak hadir. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share