Tuan Ibrahim: Kemenangan BN Berpotensi Jadi ‘Duri Dalam Daging’ Kerajaan PH-BN

Foto – facebook Tuan Ibrahim Tuan Man

KUALA LUMPUR | 12 Julai 26 – Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berpotensi menjadi “duri dalam daging” kepada kerajaan Perpaduan PH-BN susulan pengaruh parti itu yang semakin besar dalam menentukan hala tuju kerajaan Persekutuan, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Apa yang pasti, kemenangan besar BN menjadikan parti itu memiliki pengaruh semakin besar dalam menentukan dasar dan hala tuju kerajaan Persekutuan. Ia akan menjadi duri dalam daging kepada kerajaan PH-BN,” katanya dalam satu kenyataan di facebook.

Beliau berkata, keputusan PRN Johor merupakan isyarat politik yang tidak boleh diabaikan kerana ia memberi gambaran awal terhadap landskap politik negara menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

“Keputusan rakyat hendaklah diterima dengan hati terbuka serta dijadikan asas untuk bermuhasabah dan memperbaiki kelemahan,” katanya.

Tuan Ibrahim turut mendakwa keputusan PRN Johor menunjukkan PH masih gagal memulihkan keyakinan rakyat apabila bukan sahaja gagal menawan Johor, malah kehilangan beberapa kerusi yang dimenangi sebelum ini walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, turun berkempen secara aktif.

Mengulas prestasi PAS dan PN, beliau berkata keputusan itu akan dijadikan medan muhasabah, khususnya dari aspek penyelarasan organisasi, kekuatan jentera dan kesatuan dalaman.Katanya, bedah siasat menyeluruh akan dilaksanakan bagi memperkukuhkan persiapan menghadapi PRN Negeri Sembilan serta pilihan raya akan datang.

Tuan Ibrahim turut menjangkakan PRU16 tidak akan diadakan dalam masa terdekat kerana kerajaan dijangka meneruskan pentadbiran sehingga hampir tamat penggal.

“Daripada keseluruhan keputusan PRN Johor ini, saya melihat kemungkinan besar Pilihan Raya Umum Ke-16 tidak akan diadakan dalam masa terdekat. Kerajaan dijangka meneruskan pentadbiran sehingga hampir tamat penggal bagi memanfaatkan kelebihan semasa. Ujarnya.

Dalam PRN Johor, PAS gagal mempertahankan kerusi Maharani dan tewas di 10 lagi kerusi DUN yang ditandinginya. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share