Tular Lagi Tangkap Layar, Kali Ini Kaitkan Azmin Ali

KUALA LUMPUR | 22 Feb 26 – Satu lagi tangkap layar tular berkaitan perbualan kumpulan WhatsApp, kali ini melibatkan Setiausaha Agung BERSATU, Azmin Ali.

Tangkap layar berkenaan, yang didakwa berasal daripada sebuah kumpulan whatsapp MPT Bersatu bertaruikh 15 Januari 2026,  memaparkan mesej yang ditafsirkan oleh sebahagian pengguna media sosial sebagai berbaur sindiran terhadap kepimpinan PAS.

“Azmin perlecehkan Presiden PAS dan Presiden UMNO. Azmin perli kalau ikut telunjuk TGHA dan DSZH dijamin syurga – Ini kurang ajar.” Tulis posting yang menggunakan akaun “Parti Pribumi Berseteru Malaysia”, sebuah akaun parodi mengaitkan aktiviti politik parti BERSATU.

Dalam tangkap layar yang sama, turut memaparkan respon “takdir“, didakwa daripada HIlman. Ia dikatakan mempersendakan menjadi laungan “takbir“ yang biasa digunakan oleh PAS.

“Saya report sebab nak bagi muka mereka kelat lepas ni bila meeting dengan PAS. Sejenis orang macam ni depan lain, belakang lain. Hati hati. Kata hantaran tersebut.

Terdahulu, satu tangkap layar disebarkan di media sosial menerusi platform yang sama, menyataan bahawa Faizal Azumu atau lebih dikenali Peja menyifatkan desakan segelintir pemimpin PN dipercayai PAS supaya Presiden Muhyiddin Yassin meletak jawatan pengerusi gabungan itu sebagai biadap.

Beliau juga mencadangkan Bersatu keluar daripada PN selain menyebut PAS boleh bersama UmDAP, label gabungan Umno dan DAP oleh pihak lawan. Namun Faizal Azumi dilaporkan menafikan hantara tersebut.

Pada masa yang sama, dua bekas pemimpin Bersatu mempersoalkan penafian Naib Presiden Ahmad Faizal Azumu terhadap kandungan tangkap layar perbualan kumpulan sembang WhatsApp tersebut.

“Memang kenyataan itu ada dibuat,” dakwa Zulkifli yang juga bekas ketua Bersatu Johor Bahru kepada FMT.

Siri-siri pendedahan ini dijangka boleh memanaskan lagi hubungan antara BERSATU dan PAS.

Politiko akan mengemaskini laporan sekiranya terdapat sebarang penjelasan, penafian atau kenyataan rasmi daripada pihak berkaitan. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Hamzah Bawa Formula Konsensus Baru, Mahu Tamatkan Politik Perpecahan

Dokumen tersebut juga mengangkat agenda lebih besar apabila menyebut keperluan meletakkan Malaysia sebagai kuasa penentu di pentas dunia melalui pembinaan “new axis of power” pasca konflik Iran. Ini memberi isyarat bahawa Konsensus Nasional Baru bukan hanya agenda domestik, tetapi cuba meletakkan Malaysia dalam kerangka geopolitik baharu dunia Islam dan Asia.
Read More
Total
0
Share