Cadangan Kerjasama UMNO : Perlu Lalu Biro Politik Dan MPT, Kata Presiden Bersatu

KUALA LUMPUR, 4 Apr 25 – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan sebarang bentuk cadangan untuk bekerjasama dengan mana-mana parti politik, perlu melalui perbincangan di peringkat biro politik serta Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti sebelum ia dimuktamadkan.

Menurutnya, terdapat isu kompleks dan perkara itu (kerjasama) tidak semudah difikirkan kerana ia melibatkan pelbagai pertimbangan strategik dan prinsip perjuangan parti.

“Walaupun secara asas mungkin ada persamaan daripada sudut aspirasi dan tidak bertentangan dasar utama yang kita perjuangkan.

“Saya tidak mahu buat satu kenyataan, orang kata begitu sahaja., kita akan putus dan bincang dengan biro politik dan MPT pusat, ” katanya ketika Majlis Perasmian Pejabat Penyelaras Bersatu DUN Jeram di Bahau.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dalam itu berkata, terdapat dasar dan Perlembagaan yang dijadikan asas pertimbangan sebelum apa-apa keputusan dibuat

“Kalau ada pun rakan-rakan saya dalam Bersatu, (berkenaan kerjasama dengan UMNO) itu pandangan mereka secara peribadi bukannya di peringkat parti,” katanya.

Baru-baru ini, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, dilaporkan berkata, parti itu terbuka untuk bekerjasama dengan UMNO kerana kedua-dua parti berkongsi asas ideologi yang sama. @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share