Undi Parti Warisan Kawasan Bandar Meningkat, Shafei Apdal Ucap Terima Kasih

KUALA LUMPUR, 30 NOV 25 – Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal merakamkan penghargaan kepada para pengundi khususnya masyarakat Cina yang memberikan sokongan padu kepada Warisan pada Pilihan Raya Negeri Sabah 2025.

Dalam sidang media, Shafie menyifatkan sokongan tersebut sebagai sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah politik Warisan, apabila semua kerusi bandar yang majoritinya diwakili komuniti Cina menunjukkan peningkatan undi yang besar kepada parti itu.

“Saya bagi pihak Parti Warisan mengucapkan terima kasih atas sokongan dan undi yang diberikan. Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada masyarakat Cina yang memberi sokongan begitu besar kali ini.” katanya.

Shafie, yang berpengalaman lebih 36 tahun dalam dunia politik, menegaskan bahawa sokongan luar biasa masyarakat Cina merupakan satu amanah besar kepada Warisan.

“Semua kerusi yang mewakili suku kaum Cina telah memberikan sokongan kepada Warisan. Saya perlu menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka.”

Shafie turut berjanji bahawa mandat yang diberikan rakyat akan dipenuhi sebaik mungkin dengan memastikan pentadbiran yang bersih, telus dan bebas rasuah.

“Kami akan tunaikan hasrat rakyat untuk melahirkan kerajaan yang bersih, jauh daripada amalan rasuah, ketirisan dan penyalahgunaan kuasa.”

Beliau menegaskan bahawa Warisan komited membina kerajaan yang berintegriti, selaras dengan harapan rakyat yang mahukan kepimpinan lebih telus dan bertanggungjawab.

Untuk rekod, parti DAP yang meletakkan 8 calon, tewas mengejut di semua kawasan ditandinginya. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share