
KUALA LUMPUR, 1 DIS 25 — Penganalisis politik Dr Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) secara terbuka mencadangkan agar Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi laluan kepada Hamzah Zainuddin untuk mengambil alih kepimpinan Bersatu.
Beliau menegaskan bahawa prestasi Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri Sabah 2025 adalah terburuk, dengan hanya satu kerusi dimenangi, menunjukkan gabungan itu gagal menarik sokongan pengundi.
Bersatu pula dicatat sebagai parti yang memperoleh undi popular paling rendah dalam kalangan koalisi besar.
“Prestasi di Sabah ini memberi isyarat bahawa jika tidak ada perubahan kepimpinan, ada kemungkinan prestasi Perikatan Nasional juga akan merudum pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 yang akan datang.
Ketika mengulas kemenangan calon PN daripada PAS, beliau berkata bahawa kemenangan PAS di Karambunai pada Pilihan Raya Negeri Sabah 2025 adalah hasil kekuatan calon itu sendiri, Dr Ali Akbar, yang dikenali dan digemari penduduk tempatan.
“kemenangan PAS itu atas kekuatan PAS kerana calon PAS Dr Ali Akbar memang orang yang dikenali di situ dan digemari oleh penduduk di Karambunai,” katanya.
Beliau menambah bahawa Tan Sri Muhyiddin masih boleh kekal dalam parti sebagai penasihat, tetapi wajah baharu perlu diketengahkan segera untuk memastikan PN kembali relevan dalam politik nasional.
Cadangan ini jelas memberi tekanan kepada kepimpinan sedia ada Bersatu menjelang persiapan menghadapi PRU dua tahun akan datang. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.