Wakil PN Persoal Kontroversi Babit Menara Kuala Lumpur Libat Unsur Kronisme

KUALA LUMPUR, 28 Ogos 25 – Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) mempersoalkan sama ada kontroversi membabitkan pengambilalihan Menara Kuala Lumpur (Menara KL) melibatkan amalan kronisme.

Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob berkata, berdasarkan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) seorang pengarah syarikat yang dianugerahkan konsesi tersebut mempunyai alamat sama dengan seorang menteri Kabinet.

“Sudah ada pihak yang bertanya adakah syarikat pemegang konsesi baru itu diberikan kontrak kerana mereka ada kaitan dengan pimpinan tinggi negara.

“Ini kerana rekod SSM menunjukkan bahawa salah seorang pengarah syarikat menggunakan alamat yang sama dengan pemimpin tertinggi negara,” dakwanya, dalam sidang media di bangunan Parlimen semalam.

Daripada dokumen SSM itu, Fathul merujuk kepada seorang pengarah di LSH Best Builders Sdn Bhd — syarikat yang memiliki 70% pegangan dalam LSH Service Master Sdn Bhd (LSHSM) yang menerima konsesi tersebut.

Kedua-dua LSH Service Master dan LSH Best Builders dimiliki oleh Lim Seong Hai Capital Bhd, firma yang dimiliki taikun Lim Keng Cheng.

Syarikat itu menggantikan Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) — pengendali asal yang telah diambil alih oleh Hydroshoppe Sdn Bhd pada akhir 2022.

Hydroshoppe dan MKLSB kini sedang menyaman kerajaan.

Menara KL pada asalnya dioperasikan oleh MKLSB yang sejak penubuhannya dimiliki sepenuhnya oleh Telekom Malaysia Berhad (TM).

MKLSB menjadi satu-satunya pengendali Menara KL sejak 1996 di bawah kontrak konsesi daripada kerajaan yang diperbaharui setiap 15 tahun. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share