Wakil Rakyat Umno Perlu Berani, Zahid Sedang Hancurkan Parti – Khairuddin

KUALA LUMPUR, 28 Mei 25 – Wakil rakyat Umno perlu mengambil tindakan berani menentang kepimpinan Presdien Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana didakwa sedang menghancur parti Melayu itu, kata Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Aktivis politik itu mendakwa dasar Zahid yang bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bakal mensucikan DAP, yang merupakan seteru kepada Umno sekaligus menyebabkan mereka bakal tewas PRU16 akan datang.

“Sudah sampai masanya keseluruhan wakil-wakil rakyat Umno kena berani bangun untuk menentang kepimpinan haprak Zahid.

“Zahid adalah presiden Umno yang paling haprak dalam sejarah kepimpinan Umno yang kini sedang menghancurkan masa depan parti tersebut” .

“Dasar serta prinsip Zahid kini untuk ‘mensucikan’ DAP bakal mengundang padah pada parti Umno.” Katanya, dalam satu kenyataan.

Menurut Khairudin akar umbi parti masih gagal menerima kerjasama tersebut kerana kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah ancaman kepada orang Melayu.

“Parti Umno bakal tewas teruk pada PRU16 kelak kerana keseluruhan orang Melayu dan akar umbi Umno tidak boleh menerima kepimpinan Anwar yang sedang mengancam masa depan survival anak bangsa mahupun agama Islam di negara kita.

“Yakinilah bahawa Anwar akan ‘membunuh’ masa depan Melayu dan Islam di tanahair kita yang tercinta ini,” dakwanya.

Sehubungan itu, wakil rakyat Umno perlu sedar masa depan parti itu sedang dihancurkan Zahid, katanya.

“Pemimpin-pemimpin Umno harus insaf serta sedar bahawa Zahid sedang menghancurkan masa depan parti keramat mereka,” tambahnya. @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Razali Diperintah Bela Diri Tuduhan Menghasut

Bekas ketua penerangan Bersatu itu  didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan apabila mendakwa keputusan institusi kehakiman dikawal oleh kerajaan semasa berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, dua tahun lepas.
Read More
Total
0
Share