Wan Fayhsal: Muafakat Politik Baharu Perlu Wujud, Elak Undi Melayu Berpecah

KUALA LUMPUR | 24 Julai 26 – Ketua Penerangan Wawasan Negara, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berpandangan dinamika politik semasa menuntut kewujudan satu muafakat politik baharu bagi menggabungkan kekuatan, khususnya dalam memastikan undi teras Melayu tidak berpecah.

Beliau berkata, semua pihak termasuk pemain politik dan pengundi memahami perubahan landskap politik negara yang memerlukan kerjasama strategik antara kekuatan politik Melayu.

Menurutnya, gabungan kekuatan itu dilihat mampu memberi keuntungan kepada pihak yang terlibat sekiranya dilaksanakan dengan keikhlasan.

“Saya faham sentimen sebegitu memang ada di kalangan pemerhati politik, para pengundi dan kami pun sebagai ahli politik bukanlah kami ini naif. Kita faham dinamika politik pada hari ini menuntut kepada perlu wujudnya satu muafakat politik yang baharu.

“Yang menggabungkan kekuatan supaya undi teras Melayu itu khususnya tidak pecah. Dan ini memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak,” katanya dalam forum ‘Polemik Jajaran Baharu BN-PN: Retorik Politik Demi Kestabilan?’ oleh Malaysia Gezette.

Wan Fayhsal berkata, sekiranya Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) mahu bergerak dalam kerangka kerjasama politik, kedua-dua pihak perlu memastikan tiada pengkhianatan berlaku sesama sendiri.

Beliau turut menyentuh mengenai kedudukan PAS dalam landskap politik Melayu dengan menyifatkan parti itu sebagai parti teras Melayu terbesar dalam PN.

Katanya, sokongan Melayu menjadi faktor penting dalam menentukan kekuatan sesebuah kerajaan kerana orang Melayu merupakan kelompok pengundi terbesar di Malaysia.

“Realitinya, PN yang terasnya adalah PAS, adalah parti yang paling besar untuk orang Melayu. Kalau PAS tidak berada dalam satu, mana-mana gabungan, maka sukar untuk mana-mana pemerintah yang nak jadi Perdana Menteri kekal di Putrajaya,” katanya.

Mengulas keputusan politik di Johor, Wan Fayhsal berkata perkembangan tersebut menunjukkan pentingnya sokongan pengundi Melayu dalam menentukan hala tuju politik sesebuah gabungan.

Beliau mendakwa walaupun kerajaan negeri ketika itu melibatkan Pakatan Harapan, sebahagian pengundi termasuk kelompok tertentu tetap memilih Barisan Nasional pada pilihan raya negeri berkenaan.

“Waktu di Johor, tentera ke, polis ke, mereka tak peduli. Mereka undi balik BN walaupun kerajaan ada Pakatan Harapan,” katanya.

Dalam masa sama, Wan Fayhsal berkata BN sendiri menyedari mereka masih belum mencapai kekuatan sebenar dan memerlukan sokongan daripada rakan politik yang ikhlas seperti PN.

“Saya nampak benda ini ada sesuatu yang semua pihak sedar dan Barisan Nasional pun sedar yang mereka belum lagi mencapai kekuatan yang sebenarnya. Jadi mereka perlu ditolong, dibantu oleh rakan yang ikhlas seperti Perikatan Nasional,” katanya. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

15 Lagi Bahagian BERSATU Di 3 Negeri Umum Bubar Serta‐Merta

Perkembangan sama turut berlaku di Sabah dan Semenanjung apabila Bahagian Sipitang dan Sepanggar mengumumkan peletakan jawatan semua ahli jawatankuasa, sekali gus melumpuhkan struktur bahagian. Bahagian Dungun dan Hulu Selangor juga dilaporkan mengambil langkah membubarkan organisasi masing-masing.
Read More
Total
0
Share