Wan Saiful Akan Dedah Naratif SD Yang Diputar Belit Pada Lembaga Disiplin

KUALA LUMPUR, 25 Sep 25 — Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, mengesahkan bahawa wujud pengumpulan akuan bersumpah (SD) dalam kalangan ketua bahagian parti, namun menegaskan isu itu telah diperbesar dan diputarbelit oleh pihak tertentu.

Beliau berkata, buat masa ini tumpuan diberikan untuk hadir ke Lembaga Disiplin Bersatu bagi menjelaskan kedudukan sebenar sebelum membuat kenyataan lanjut kepada media.

“Saya akan jelaskan semua perkara di Lembaga Disiplin dahulu. Naratif tentang SD ini banyak diputarbelitkan,” katanya ringkas ketika memetik laporan malaysiakini.

Terdahulu, mesej tular mendakwa Wan Saiful dipanggil memberi keterangan berhubung dakwaan penglibatannya dalam gerakan menukar kepimpinan parti daripada Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Sebelum ini, timbul laporan bahawa lebih 120 ketua bahagian menandatangani SD menyokong Hamzah, sekali gus mencetuskan desakan agar Muhyiddin berundur. Ketegangan memuncak apabila Muhyiddin dalam ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung parti mendakwa wujud komplot untuk menyingkirkannya.

Bagaimanapun, resolusi perhimpunan tersebut berakhir dengan sokongan sebulat suara kepada Muhyiddin untuk terus kekal sebagai presiden dan calon Perdana Menteri pilihan Bersatu. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share