Wan Saiful Kongsi Aspirasi Wawasan Negara Kepada Wakil Pesuruhjaya Tinggi New Zealand

Foto – facebook Ahmad Zaki Zainul

KUALA LUMPUR | 25 Jun 26 – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mengetengahkan hala tuju Parti Wawasan Negara (Wawasan Negara) serta kerangka dasar Konsensus Nasional dalam satu kunjungan hormat ke Pesuruhjaya Tinggi New Zealand di Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Dalam pertemuan bersama Julian Tollestrup, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi New Zealand itu, Wan Saiful turut membincangkan pelbagai perkara termasuk dasar luar, kerjasama serantau serta penglibatan belia di peringkat antarabangsa.

Menurut Pegawai Khas beliau, Zaki Zainul, Wan Saiful turut menerangkan hala tuju Parti Wawasan Negara yang kini secara rasmi bersama Perikatan Nasional (PN), termasuk kerangka Konsensus Nasional yang menjadi asas perjuangan parti.

Antara tiga tonggak utama yang diketengahkan ialah kemakmuran bersama, perpaduan nasional serta tadbir urus baik dalam pentadbiran negara.

Menurut beliau, kemakmuran bersama penting bagi memastikan hasil pembangunan ekonomi negara dapat dinikmati secara lebih adil dan inklusif oleh semua lapisan masyarakat.

Tonggak perpaduan nasional pula, katanya, menjadi asas kepada kestabilan negara melalui pengukuhan keharmonian antara kaum, agama dan wilayah.

Sementara itu, tadbir urus baik ditekankan sebagai elemen penting dalam memperkukuh integriti, ketelusan serta keberkesanan sistem pentadbiran negara.

Sementara itu, Zaki Zainul turut berkata pertemuan tersebut berlangsung dalam suasana produktif dengan perbincangan yang menyentuh potensi kerjasama masa depan dalam bidang diplomasi rakyat, pendidikan serta pembangunan belia.

Kunjungan hormat itu dilihat sebagai usaha memperkenalkan pendekatan serta hala tuju Parti Wawasan Negara kepada komuniti antarabangsa, khususnya dalam konteks hubungan dua hala dan kerjasama serantau. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share