Wan Saiful Tamatkan Zaman Duda Bersama Pilihan Hati

KUALA LUMPUR, 14 Jun 25 – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mengakhiri zaman dudanya bersama wanita pilihan hati, Nurul Maslina Mohd Sobri.

Dalam kenyataan ringkas, beliau menyatakan kesyukuran atas pernikahan ini. Majlis dan doa selamat secara ringkas diadakan bersama keluarga dan rakan terdekat di kediamannya, Sungai Ramal, Kajang, hari ini.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang hadir meraikan majlis kami yang sederhana ini terutamanya kepada Presiden, Tan Sri Muhyiddin, Dato’ Seri Hamzah serta kepimpinan yang lain. Katanya.

Turut kelihatan pada majlis tersebut, Naib Presiden Bersatu Dato Radzi Jidin, Ketua Penerangan Bersatu Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, Dato Saifuddin Abdullah serta rakan-rakan pemimpin NGO yang lain.

Setahun yang lalu, isteri beliau Datin Alena Omar meninggal dunia akibat kanser. @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share