
KANGAR | 28 Ogos 26 — Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengambil kesempatan menziarahi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Haji Hashim Jasin di kediamannya di Sanglang, Perlis, semalam.
Zahid berkata, kunjungan itu dilakukan sempena kehadirannya di Alor Setar, Kedah bagi merasmikan Konvensyen Usahawan Bumiputera (KUB) 2035.
Menurut beliau, hatinya gembira melihat keadaan kesihatan Hashim yang semakin pulih, selain berkesempatan berbual, bertanya khabar dan saling mendoakan dalam pertemuan yang disifatkannya ringkas tetapi cukup bermakna.
“Saya sentiasa menghormati Tuan Guru sebagai seorang ilmuwan yang telah lama mendidik masyarakat dan memberikan panduan kepada ummah,” katanya menerusi kenyataan yang dikongsikan semalam.
Zahid turut mendoakan agar Allah SWT terus mengurniakan Hashim kesihatan yang baik, memanjangkan usianya dalam keberkatan serta memberikan kekuatan untuk terus menyumbang kepada agama, ummah dan negara.
Turut mengiringi Zahid dalam kunjungan itu ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Datuk Seri Mahdzir Khalid bersama rombongan.. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.