Siasat Dakwaan Salah Laku Walaupun Didedahkan ‘Edisi Siasat’, Kata EAIC

Foto NST

KUALA LUMPUR, 22 MEI 25 – Aduan pendedahan salah laku oleh pihak berkuasa perlu disiasat walaupun ianya dibuat dalam saluran tidak rasmi seperti aplikasi kumpulan sembang Telegram Edisi Siasat, kata Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) Tan Sri Dr Ismail Bakar.

Ismail melihat, siasatan yang dijalankan adalah bukti komitmen EAIC yang  memandang serius dakwaan salah laku dan akan bertindak ke atas aduan, daripada saluran rasmi mahupun tidak rasmi.

“Maklumat dikongsi boleh menjadi pencetus kepada siasatan awal sekiranya mengandungi elemen kukuh dan munasabah,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Mengambil contoh kumpulan ‘Edisi Siasat’ di Telegram, Ismail berkata pendedahan sepatutnya dilihat sebagai peluang memperkukuh integriti dan keyakinan rakyat terhadap EAIC.

“Sekiranya dakwaan itu tidak berasas, siasatan boleh membersihkan nama baik agensi, namun jika terbukti wujud salah laku, tindakan susulan boleh diambil terhadap pihak terbabit,” katanya.

Ismail berkata, tindakan menyiasat dakwaan, sama ada benar atau palsu, menunjukkan komitmen pada ketelusan dan reformasi institusi.

Pendekatan itu juga selaras prinsip kebertanggungjawaban dan tadbir urus baik, katanya. @sumber

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share