Konsensus Nasional Harapan Baharu Negara – Ketua Bahagian Gopeng

KUALA LUMPUR, 26 Mei 25 – Ketua Bahagian Bersatu Gopeng, Ahmad Ishak menyifatkan cadangan konsensus nasional oleh Ketua Pembangkang yang juga Timbalan Presiden Bersatu, Dato Seri Hamzah Zainuddin sebagai memberi harapan baharu kepada negara.

Menurut Ahmad, konsensus nasional melibatkan semua bangsa dan melangkaui percaturan politik kepartian.

“Semua parti politik hari ini ada kepentingan politik masing-masing, tapi untuk negara walaupun ada, tapi ia tidak datang dengan satu titik pertemuan, itu yang dipanggil general consensus tu.

“Maka konsensus nasional ni libatkan semua bangsa, parti, kita ada common consensus, semua kena seat down.

“Dan dengan idea ini, kita ada harapan baharu. Jadi saya setuju dengan konsensus nasional. Katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas saranan Hamzah ketika syarahan bersama Institut Yusof Ishak di Singapura baru-baru ini, yang mencadangkan idea PN menawarkan konsensus nasional untuk rakyat Malaysia.

“Sebenarnya dalam Perikatan Nasional pun ada elemen yang dibawa konsensus nasional ni seperti nak jadi inklusif, integriti, demokrasi semua jadi itulah idea konsensus kalau kita nak tengok.

“Dengan idea ni, ia beri satu harapan, Perikatan Nasional beri jalan keluar that you can rely on. PN kena yakinkan konsensus ni supaya boleh meyakinkan rakyat bahawa kita semua boleh move forward. Ini (konsensus) satu injection baru, visi baru.

Beliau turut berpendapat ketika ini negara tidak bergerak maju ke hadapan, sebaliknya berpusing-pusing di titik yang sama.

“Kita ni sekarang dah banyak sangat  (masalah), and the country has not move, kita pusing-pusing, tak bergerak ke satu titik ke hadapan, kerajaan tak mampu menarik keluar dari pusingan tu.

“Kita kena ada visi macam Mahathir, dia buat wawasan 2020, sekarang tak ada apa pun hala tuju. Apa yang diletak Hamzah tu suatu rangka ke arah pencapaian yang positif, this is our new target.

“Sasaran ekonomi tu penting, baru boleh capai kemakmuran, tak ada timbul isu bangsa sebab semua boleh dapat, inilah common ground Malaysia. Ujarnya. @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Hamzah Garis 3 Teras Untuk Angkat Konsensus Nasional Baharu

“Ayatnya adalah trust deficit . Maka, saya mencari jalan bagaimana cara kembalikan kepercayaan rakyat kepada kerajaan. Itulah yang akhirnya saya dapat satu kertas yang boleh dibincangkan bahawa Konsensus Nasional Baharu ini boleh dijadikan sesuatu yang dipertanggungjawabkan supaya kita semua dapat hidup aman.
Read More
Total
0
Share